Kedah FA Kini Ada RM50,000 Dalam Tabung CAS

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar mengesahkan tabung kutipan khas bagi menampung kos perbicaraan kes perpindahan Akhyar Rashid di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland  kini sudah mencecah RM50,000.

Menurut laporan daripada Berita Harian, difahamkan KFA masih memerlukan lebih RM100,000 untuk jumlah keseluruhan. Jumlah kutipan masih terus meningkat sehingga kini sejak ia dilancarkan secara rasmi pada 3 Januari lepas.

Malah, KFA turut mendedahkan surat peguam telah pun dihantar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mereka tetap akan membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

“KFA tegas mempertahankan prinsip perlembagaan dan undang-undang negeri serta negara, termasuk undang-undang yang dibuat di bawah FAM dan KFA itu sendiri,” katanya.

Menurut kenyataan daripada laman facebook rasmi KFA, semua derma dan sumbangan secara sukarela boleh disalurkan melalui cek dan ‘online banking’ kepada PERSATUAN BOLASEPAK KEDAH DARUL AMAN dengan menggunakan no akaun CIMB Bank (8601650568).

Selain itu, mereka juga memaklumkan sebarang surat-menyurat boleh menghantar emel ke [email protected]

Selain itu, terdapat beberapa syarikat yang sudi memberikan sumbangan kepada KFA supaya segala kelemahan dalam sistem perpindahan bola sepak Liga Malaysia dapat didedahkan kepada para penyokong.

“Isu sama ada kami akan berpuas hati atau tidak, ia tidak perlu dipersoalkan kerana KFA akan sentiasa mematuhi setiap prosedur yang dibuat sehingga ke peringkat tertinggi.

“Sebab itulah Kedah mahu membawa kes ini ke peringkat CAS, tetapi baru-baru ini ada ‘viral’ foto Jasnie Shafie (Pengerusi Media KFA) berada di Switzerland. Kononnya dia membuat lawatan ke CAS, tetapi tidak benar, ia tidak berkaitan dengan urusan KFA,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN