adidas Football Umum 4 Produk Baru Kasut Bola Exhibit – Predator, X, NEMEZIZ Dan Copa

adidas Football mengumumkan empat produk baru dalam pak Exhibit mereka, Predator 19+, X 18+, Nemeziz 18+ 360 Agility dan COPA 19+.

Keempat-empat produk terbaru pak Exhibit ini boleh mula didapati di Football Republic Sunway Pyramid bermula 22 Januari 2019 dan kedai-kedai lain bermula 29 Januari 2019.

Predator 19+

Ahli pertama pak Exhibit adalah Predator 19+ yang berwarna biru yang dilengkapi butiran berwarna perak dan merah.

Predator 19+ menampilkan sistem PURECUT LACELESS, di mana kasut ini tidak bertali untuk memberikan kawalan bola yang maksimum. Ia turut disertakan dengan teknologi BOOST™ di bahagian tapaknya yang mengekalkan input tenaga dari kaki pada setiap langkah.

Selain itu, Predator 19+ turut mempunyai Primeknit SOCKFIT COLLAR yang memastikan balutan kukuh dan selesa kepada kaki serta lapisan CONTROLSKIN yang membekalkan cengkaman optima.

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba yang memakai Predator 19+ berkata: “Apabila saya bermain, saya mahu mengawal permainan, bermula dari minit pertama hingga yang terakhir. Predator sentiasa menjadi pilihan pemain yang mahu memaksimakan kawalan bola, dan edisi terbaru ini membantu saya mengawal bola, jentera tengah dan padang.”

Predator 19+ turut hadir dalam versi ‘cage’ (untuk futsal, indoor football dan street soccer) dan versi ‘lifestyle’.

X 18+

Ahli kedua dalam pak Exhibit adalah X 18+ yang berwarna merah dan dilengkapi 3 belang adidas berwarna perak.

X 18+ direka untuk pemain yang mahukan kestabilan dan sokongan di halaju yang tinggi. SKELETAL WEAVE yang ada di X 18+ menampilkan grid sulaman tali nipis untuk memberikan sentuhan responsif dan rasa ringan. Teknologi SPEEDMESH yang sangat lembut membolehkan pemain mendapat kawalan bola yang tidak menganggu pergerakan kaki,

Tapak SPEEDFRAME yang ditampilkan dalam X 18+ sangat ringan dan dilengkapi dengan kejuruteraan Drillium. Manakala teknologi 3D MOULDED HEEL memberikan kaki pemain muatan yang selesa dan stabil – direka untuk pemain yang gemar memecut.

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus memuji X 18+: “Aset permainan saya adalah kelajuan pecutan untuk menewaskan pertahanan-pertahanan terbaik di dunia. X 18+ sangat sempurna untuk saya kerana ia membolehkan saya bergerak laju tanpa menganggu kawalan bola.”

Antara pemain lain yang menggunakan X 18+ adalah Mohamed Salah (Liverpool) dan Gareth Bale (Real Madrid).

NEMEZIZ 18+ 360 Agility

Direka untuk meningkatkan persembahan pemain lincah, NEMEZIZ yang berwarna hijau solar menampilkan AGILITYBANDAGE yang dilengkapi teknologi TORSIONTAPES untuk memberikan cengkaman maksima kepada kaki.

Kolar dua kunci pada NEMEZIZ membolehkannya kekal melekat kepada pergelangan kaki dan membolehkan pemain lincah membuat perubahan gerakan pada kelajuan tinggi. Teknologi ikatan AGILITYKNIT 2.0 pula memberikan struktur kasut bola yang lembut, responsif kepada bola dan ringan.

Antara pemakainya adalah penyerang Liverpool, Roberto Firmino dan pemain tengah Manchester United, Jesse Lingard. Bercakap kepada media, Firmino memuji NEMEZIZ: “Kasut bola ini direka khas untuk kelincahan, memberikan saya senjata untuk bergerak bebas di atas padang.”

COPA 19+

COPA 19+ pula tampil dengan warna hitam dan kuning solar. Direka khas untuk pemain yang mengutamakan kawalan bola, sentuhan cemerlang dan rekaan malar hijau, COPA 19+ meneruskan legasi francais adidas COPA yang sentiasa menjadi pilihan peminat bola sepak tegar.

Versi terbaru ini menampilkan FUSIONSKIN yang berevolusi dari permukaan kulit adidas COPA yang klasik. K Leather memberikan permukaan lembut untuk memberikan sentuhan responsif. X RAY VAMP mengurangkan risiko tergelincir di atas padang. Tali PURECUT pula memaksimakan permukaan kasut yang digunakan untuk mengawal bola.

Penyerang bintang Juventus, Paulo Dybala adalah antara pemakainya. Beliau yang menggemari edisi Copa Mundial keluaran adidas sebelum ini memberitahu: “Saya memang dah lama menjadi peminat COPA kerana rupa klasik dan sentuhan pertamanya yang selesa. Kasut terbaru ini menampilkan banyak pembaharuan baru dan rekaan yang progresif. Saya tak sabar untuk mencubanya.”

Seperti versi Predator 19+, X 18+ dan Nemeziz 18+ 360 Agility, COPA 19+ turut boleh didapati dalam versi ‘cage’ dan ‘lifestyle’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN