Sathianathan Salahkan Pengurusan Lama FA Selangor Punca Skuad Sedia Ada Hadapi Kesukaran

B. Sathianathan

Jurulatih skuad Liga Malaysia Selangor, B. Sathianathan membidas pengurusan lama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang disifatkan beliau ‘tidak buat kerja’ sehingga memberikan masalah kepada pasukan beliau pada musim ini.

Walaupun kini FAS berwajah baru, Sathianathan berkata pasukan bimbingan beliau pada musim ini tetap menerima tempias hasil kerja tidak sempurna pengurusan lama persatuan itu sebelum ini.

Masalah fasiliti

Antara masalah yang dihadapi oleh anak buah Sathianathan menjelang sepak mula Liga Malaysia pada minggu hadapan adalah fasiliti dan kemudahan asas untuk pasukan seperti bilik persalinan, padang latihan, dan juga stadium.

Bercakap kepada wartawan seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian, Sathianathan berkata, “”Selangor pasukan yang paling berjaya di negara ini sejak 40 tahun lalu masih lagi tidak ada pusat latihan sendiri. Bilik persalinan latihan pun kadang-kadang satu kena kongsi ramai dan ia sungguh menyedihkan buat pasukan seperti Selangor.

B. Sathianathan

 

“Cuba bayangkan apabila ada pemain import datang ke Selangor dan dengar perkara hebat-hebat pasal pencapaian pasukan, tapi bila tengok bilik persalinan latihan mesti dia pun tak jadi nak main.

“Belum lagi cerita kalau saya nak berlatih di Stadium Shah Alam. Mereka [pengurusan stadium] kata sedang melakukan penambahbaikan di stadium, tolonglah liga [Liga Super] dah nak mula takkan baharu sekarang nak buat semua itu,” jelas Sathianathan mengenai kekangan yang diberikan oleh anak buahnya.

Realiti sebenar

Mahu atau tidak, semua pihak harus menerima bahawa itu adalah perkara sebenar yang dihadapi oleh Sathianathan dan pemain-pemain Selangor pada musim ini.

“Bila saya cakap pasal JDT [Johor Darul Ta’zim] orang cakap saya bodek dan macam-macam. Padahal memang betul kemudahan di sana memang terbaik sebab itu ramai pemain mahu ke sana.

“Ini semua silap pengurusan lama yang menyebabkan kami terpaksa menempuh segala masalah ini,” jelas jurulatih berpengalaman berusia 60 tahun itu di Majlis Pelancaran Jersi Utama dan kedua pasukan Selangor di Bandar Sunway pada hari ini.

Foto: FA Selangor
Angin perubahan

Pada musim ini Selangor akan kembali beraksi di Stadium Shah Alam, selepas beberapa musim tidak diberikan hak untuk menggunakan stadium tersebut ekoran pertelagahan di antara kerajaan negeri dan pengurusan lama yang tiada kesudahan.

Mengulas mengenai pengurusan baharu di bawah pimpinan Raja Muda Selangor, Sathianathan berkata:”Tapi saya percaya dengan pengurusan baharu di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor, semuanya akan diperbetulkan secara berperingkat,” ujar bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu.


Selangor hari ini melancarkan dua versi jersi untuk Liga Malaysia 2019 – untuk kegunaan ketika perlawanan di tempat sendiri dan gelanggang lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN