PFA Janji Selesaikan Tunggakan Gaji Dan Fokus Kepada Kejuaraan Liga Perdana

PFA

Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) telah memberikan jaminan bahawa 18 pemain Perlis Northern Lions 2 yang masih tertunggak gaji mereka akan menerima bayaran itu,

Presiden PFA, Datuk Ahmad Amizal Shaifit menyatakan, paling lewat para pemain itu mendapat gaji mereka adalah pada 7 Mac hadapan – hari di mana Perlis bakal menerima geran daripada MFL.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PFA tidak pernah lepas tangan dalam isu seperti itu. Seterusnya, Amizal buat masa ini tidak mahu membincangkan soal masa hadapan 18 pemain tersebut bersama PNL 2.

Ini selepas tindakan mereka dikatakan telah menjadi 4 penaja besar menarik diri. Kes itu diakui Amizal, telah memberikan impak kepada persediaan lancar pasukan Perlis.

Amizal Shaifit kemudian meminta agar semua pihak tidak terlalu menghebohkan isu gaji tersebut kerana kini fokus PFA adalah kepada tranformasi pasukan dalam usaha mereka untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Perlis.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Ahmad Amizal menyatakan: “Kita sudah mencapai kesepakatan tentang isu tunggakan gaji selepas pertemuan bersama pemain hari ini [semalam]. Kita mungkin akan menggunakan geran yang diberikan MFL untuk membayar tunggakan tersebut.”

Beliau kemudian meminta para penyokong Perlis agar terus memberikan sokongan kepada Singa Utara. Seterusnya Datuk Amizal juga masih membuka pintu kepada mana-mana penaja yang mahu menjadi penaja pasukan Perlis.

Ahmad Amizal juga memberitahu bahawa tekanan dan kemelut yang melanda PFA kebelakangan ini tidak sama sekali melemahkan semangat mereka dalam usaha untuk menjuarai Liga Perdana musim 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN