Fabrizio Romano melaporkan Gonzalo Higuain akan terbang ke London pada hari ini untuk melengkapkan proses medikal. Biasanya, kelab akan berahsia dalam isu perpindahan ini. Ini kerana takut perpindahan itu gagal dimeterai. Ataupun sengaja cuba mewujudkan kejutan kepada peminat.
https://twitter.com/haza10_/status/1087765645570310145
Namun Maurizzio Sarri seperti lepas geram kepada Lembaga Pengarah Chelsea. Mungkin juga Sarri risau perpindahan ini dibuat pusingan U oleh Chelsea.
Beliau mengumumkan Higuain sebagai pemain Chelsea, dan pemain itu tak akan sempat untuk melakukan debut menentang Spurs dalam aksi Piala Carabao. Ini kerana Chelsea gagal untuk mendapatkan pemain itu sebelum ‘midday deadline’. Hari di mana pemain baharu didaftarkan untuk perlawanan domestik di England.
Dalam sidang media perlawanan – Maurizzio Sarri menyatakan Gonzalo Higuain tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk memeterai perjanjian dengan Chelsea.
Higuain menamatkan tempoh pinjaman beliau di AC Milan walaupun ada opsyen pembelian tetap dengan tambahan £32.5 juta.
Sarri berkata: “Saya tak tahu mereka cuba memeterai kontrak dengan beliau hari ini. Mereka masih ada beberapa jam lagi untuk memuktamadkannya.”
Sarri says Higuain is a few hours away from signing his contract at Chelsea. He says he hopes the striker can start scoring straightaway, but he says there is plenty more to his game than goals. He hopes he can get him back to his best form. #CHETOT
— Chelsea FC (@ChelseaFC) January 23, 2019
“Saya tak tahu apa sebenarnya peraturan perpindahan di sini, apa itu ‘midday deadline’? Ah.. nampak gayanya beliau tak akan sempat untuk beraksi menentang Spurs.”
Sarri says it is not possible for Higuain to play against Tottenham tomorrow after the midday deadline passed before the move has been completed. #CHETOT
— Chelsea FC (@ChelseaFC) January 23, 2019
“Tentang pemeriksaan medikal, saya tak tahu kerana tidak bercakap lagi dengan doktor, dan saya tak pernah pun berjumpa dengan beliau [doktor] sebelum ini. Kemudiannya, saya harus bercakap dengan kelab, kemungkinan besar esok.”
Sarri yakin dengan kualiti Gonzalo Higuain untuk menyelesaikan krisis serangan Chelsea. Beliau berkata: “Terutamanya ketika musim pertama saya di Napoli. Beliau sangat cemerlang. Menjaringkan 36 gol daripada 35 perlawanan Serie A.”
“Musim itu beliau secara keseluruhannya menjaringkan 39 gol. Beliau melakukan tugas sangat, sangat baik untuk kami ketika itu. Dan sudah pastinya beliau salah seorang penyerang terbaik dalam karier pengurusan saya.”
“Beliau bermain 4 musim di Real Madrid, rasanya. Dan saya berpendapat beliau ada pengalaman yang baik untuk bermain di sini.”
Sarri on Gonzalo Higuain: 'He is a very strong striker, especially in my first season in Naples. He did very well. For sure he is one of the best strikers in my career. He has the right experience to play here.' #CHETOT pic.twitter.com/b3JR8T3WAD
— Chelsea FC (@ChelseaFC) January 23, 2019
“Kami berharap akan mendapatkan gol an beliau akan mulai menjaringkan gol untuk kami. Beliau pemain yang sangat bagus untuk aspek itu dan aspek lain selain daripada gol. Itu yang kami harapkan daripada beliau.”
“Beliau melalui detik sukar sejak kebelakangan ini, namun kami berharap akan dapat membangkitkan beliau kembali ke prestasi terbaiknya.”
Sarri yakin Chelsea melakukan urusan perpindahan yang baik dengan berusaha mendapatkan Hiuain.
“Rasanya kelab setuju dengan apa yang saya katakan tentang pasukan ini. Sangat sukar untuk mendapatkan salah seorang penyerang penting di dunia – pada Januari ini. Jadi, kelab telah melakukan tugas dengan sebaiknya.”
“Higuain pemain yang dahagakan kemenangan pada setiap masa. Dalam 5 tahun ini hanya 2 kali beliau gagal mengawal perasaan. Dengan Napoli ketika berhadapan Udinese dan ketika perlawanan Milan menentang Juventus.”
“Ini kerana beliau mahu menang. Untuk sudut kegagalan beliau, Higuain masih menjaringkan 9 gol dalam pasukan yang tidak sama kualiti dengan Juventus.”