Bojan Hodak Akui Kualiti Pemain Muda Dalam Skuad Malaysia B-19 Agak Teruk

Ketua jurulatih skuad Bawah 19 tahun negara (B-19), Bojan Hodak tidak berpuas hati dengan kualiti 28 pemain muda yang dipanggil pada kem latihan pusat Fasa 1 di Wisma FAM yang berakhir kelmarin. 

Beliau berkata demikian dalam Berita Harian menyifatkan barisan pemain yang dipanggil kali ini langsung tidak menepati standard antarabangsa dan tidak memenuhi kriteria pemain yang dimahukan olehnya.

Bagaimanapun, beliau akan menunggu sehingga Mac ini untuk menilai semula kemampuan pemain muda sebelum kejohanan bermula.

“Kita akan tunggu sehingga kejohanan Piala Sanix di Jepun pada Mac ini, kerana ketika itu adalah detik terbaik untuk membuat penilaian.

“Ini kerana kita tidak berpeluang untuk melihat kemampuan sebenar pemain pada latihan semata-mata.

“Jadi, pada aksi antarabangsa nanti barulah kita boleh lihat pemain yang cukup bagus dan pemain yang tidak memiliki apa yang diperlukan bagi beraksi di tahap antarabangsa,” katanya kepada pihak media.

Barisan pemain daripada sesi pemilihan fasa 1 yang diuji menentang pasukan JDT II. FOTO: FAM

Semalam, 24 pemain baharu mula menjalani latihan untuk sesi pemilihan fasa 2 selama seminggu sehingga Ahad ini.

“Seramai 24 pemain baharu dipanggil untuk latihan Fasa 2 dan ada tiga pemain yang dikekalkan daripada minggu lalu. Kebanyakannya pemain yang beraksi tahun lalu.

“Masalahnya di sini adalah pemain yang tidak pernah beraksi sepanjang tahun lalu dan nama mereka dicadangkan oleh pasukan untuk menyertai latihan bersama skuad B-19.

“Apapun, kita akan menjalani latihan selama seminggu dan selepas itu kita akan menilai bagaimana kualiti generasi baharu skuad B-19 ini,” katanya.

Daripada senarai 24 pemain tersebut, salah satu nama yang mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan ialah pemain daripada Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) iaitu Luqman Hakim Shamsudin.

Beliau merupakan penyerang prolifik skuad Malaysia B-16 dibawah kendalian Lim Teong Kim dan merupakan produk daripada Program Pembangunan Bola sepak Negara (NFDP).

Penyerang prolifik skuad Malaysia B-16, Luqman Hakim. FOTO: Foxsport

Mengulas mengenai lima pemain daripada Program NFDP yang dipanggil untuk sesi latihan fasa kedua ini, Bojan Hodak mahu menilai kemampuan mereka bersaing dengan pemain yang lebih berusia.

“Mereka ini antara pemain berpotensi yang kita lihat dan mampu mengisi di posisi yang diperlukan. Apa yang saya mahu lihat adalah mereka dapat membuktikan kemampuan bersaing dengan pemain lebih berusia.

“Seperti saya katakan sebelum ini, usia tidak menjadi masalah memandangkan semuanya bergantung kepada kemampuan mereka sama ada boleh bermain di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Selepas menghadapi Piala Sanix pada bulan Mac ini, mereka akan mengharungi Kejohanan AFF B-19 (Julai), sebelum beraksi dalam kelayakan AFC B-19 2020 (September).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN