Pemain import Pahang iaitu Safuwan Baharudin berasa yakin yang pasukannya mampu menjulang kejuaraan sekali lagi pada musim ini.
Menurut beliau, pasukannya mempunyai segala yang diperlukan untuk bergelar juara pada musim ini.
Menurut laman Berita Harian, Safuwan berasa pasukannya kini lebih mantap dari segi pilihan pemain yang sedia ada.
“Skuad Pahang kini punya ramai pemain berkualiti seperti Norshahrul Idlan Talaha, Matthew Davies, Mahmadou Sumareh dan juga Azam Azih.”
“Jadi saya berasa yakin yang pasukan ini mampu memenangi lebih banyak kejuaraan pada musim ini.”
Pahang kini turut dikuatkan dengan beberapa lagi pemain import baharu dalam pasukan yang bakal memberikan lebih banyak pilihan kepada Dollah Salleh untuk membentuk corak permainan skuad itu.
Pemain Indonesia iaitu Saddil Ramdani, Herold Goulon dari Perancis dan juga Dickson Nwakaeme akan mengisi kekosongan pemain import pasukan Pahang untuk musim 2019.
Pahang pada musim lalu terpaksa berpuas hati dengan menduduki tangga ke-4 Liga Super dibelakang Johor Darul Ta’zim, Perak dan PKNS FC.
Namun begitu, mereka berjaya memperoleh kejuaraan apabila berjaya layak ke saingan Piala AFC menerusi kejayaan dalam saingan Piala FA Malaysia menewaskan Selangor.
Berikut merupakan 5 perlawanan pertama Pahang dalam saingan Liga Super pada musim ini:
- Kuala Lumpur (1 Februari – Cheras)
- Terengganu (8 Februari – Kuantan)
- Melaka United (16 Februari – Hang Jebat)
- Selangor (24 Februari – Kuantan)
- PKNP FC (2 Mac – Manjung)