Arsenal bakal menanti tugasan sukar pada awal pagi ini apabila akan menanti kunjungan Chelsea di Stadium Emirates pada aksi ke-23 Liga Perdana Inggeris.
Pengurus Arsenal, Unai Emery menyifatkan sekiranya Arsenal mengalami kekalahan pada perlawanan tersebut, misi mereka untuk memburu kedudukan tangga empat teratas tampak bakal berakhir.
Ketika ini, The Gunners ketinggalan enam mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga keempat liga manakala Manchester United menduduki tangga keenam, berkongsi 41 mata dengan Arsenal.
Ketika ditanya sama ada ketinggalan sembilan mata (sekiranya Arsenal tewas) adalah sesuatu yang sukar untuk dikejar anak buahnya, Emery mengakui keadaan tersebut.
”Saya merasakan ya.”
Dalam pada itu, Emery juga melihat ancaman terbesar yang bakal diterima anak buahnya adalah daripada Eden Hazard.
”Dengan pemain seperti (Eden) Hazard, kebiasaannya pasukan-pasukan besar di dunia berhajat untuk menandatanganinya.”
”Dia merupakan lima orang pemain yang terbaik di dunia. Dia telah melakukan sesuatu yang berbeza dalam banyak perlawanan.”
Pada aksi pertama melibatkan kedua-dua pasukan dalam saingan liga musim ini, Chelsea berjaya menundukkan Arsenal 3-2 di laman sendiri hasil jaringan Pedro Rodriguez, Alvaro Morata dan Marcos Alonso.
Dua jaringan Arsenal dihasilkan oleh Henrikh Mkhitaryan dan Alex Iwobi.