Solskjaer: Romelu Lukaku Masih Dalam Perancangan Manchester United

Lukaku

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku sedang bergelut dengan prestasi terburuk pada musim ini.

Keadaan itu menyebabkan beliau adakalanya disisihkan dari skuad United, dan turut menerima pelbagai kritikan dari ramai pihak.

Kali terakhir Romelu Lukaku disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika berkunjung ke Liverpool pada 17 Disember tahun lalu.

Ketika itu, Manchester United dibawah bimbingan Jose Mourinho.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 16: Romelu Lukaku of Manchester United and Virgil van Dijk of Liverpool during the Premier League match between Liverpool FC and Manchester United at Anfield on December 16, 2018 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Malangnya, dalam perlawanan tersebut Lukaku dikritik hebat kerana gagal mempersembahkan aksi terbaik selepas gagal menjaringkan gol untuk membantu pasukan. Lebih mengecewakan lagi apabila beliau turut dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Martin Atkinson.

Selepas United ditewaskan Liverpool 3-1 di Anfied dan kelab memecat Jose Mourinho lalu melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sementara, pemain dari Belgium itu sehingga kini belum sekali disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk perlawanan di EPL.

Solskjaer lebih berminat mempertaruhkan Marcos Rasford sementara Lukaku hanya diletakkan dibangku simpanan pasukan walaupun beliau sebelum ini berjaya menjaringkan tiga gol daripada empat penampilan dalam semua pertandingan.

Lukaku hanya sekali turun sebagai kesebelasan utama dibawah kendalian Solskjaer pada pertemuan Piala FA Pusingan ketiga 5 Januari  2019 ketika menentang Reading di Old Trafford.

Masih diperlukan

Situasi yang dialami Lukaku itu menyebabkan beliau mula dikaitkan bakal meninggalkan kelab itu selepas ini.

Namun begitu, Solskjaer menerusi laporan FourFourTwo mendedahkan bahawa Manchester United masih memerlukan khidmat Lukaku dan pemain berusia 25 tahun itu merupakan sebahagian pemain penting untuk pasukan pada musim ini.

Walaupun pengurus dari Norway itu sendiri mengakui yang pasukan kini memiliki tiga penyerang yang sedang berada dalam prestasi terbaik (Rashford-Martial-Lingard), bagaimanapun beliau menegaskan bahawa dirinya sama sekali tidak membelakangi peranan Lukaku dalam pasukan.

London, England – January 13, 2019
Manchester United’s Romelu Lukaku
during during English Premier League between Tottenham Hotspur and Manchester United at Wembley stadium , London, England on 13 Jan 2019
(Photo by Action Foto Sport/NurPhoto via Getty Images)

Sudah tentu dia(Lukaku) mempunyai peranan besar dalam skuad ini, dengan personaliti hebatnya. Tidak ada mana-mana pemain pun dapat menandingi jumlah jaringan yang dihasilkannya dalam sesi latihan.” tegas Solskjaer.

“Memang tiga penyerang ini lebih banyak diturunkan, tetapi saya turut memiliki Romelu, Juan dan Alexis, jadi saya mempunyai enam penyerang yang boleh digilirkan dan sudah tentu Romelu akan diturunkan.”

Bukan satu masalah

Menurut Solskjaer, situasi tersebut sama sekali bukan menjadi masalah besar buat Manchester United.

Solskjaer menegaskan, memiliki enam penyerang yang sedia ada adalah satu perkara yang mengutungkan bagi pasukan. Para pemain akan bersaing secara sihat merebut posisi utama pasukan.

Beliau turut merujuk zaman kariernya sebagai pemain di Old Trafford, apabila beliau berjaya membina reputasi sebagai peledak gantian berbisa.

l-r; Manchester United’s Paul Scholes, David Beckham, Roy Keane, Andy Cole and Ryan Giggs celebrate Ole Gunnar Solskjaer’s winning goal (centre) (Photo by Michael Steele/EMPICS via Getty Images)

Walaupun sekadar bertindak sebagai penyerang sokongan di belakang Andy Cole dan Dwight Yorke, beliau serta Teddy Sheringham menjulang United mengatasi Bayern Munich dalam pertarungan final Liga Juara-Juara untuk melengkapkan musim ‘treble’ 1999 selepas memenangi EPL dan Piala FA.

Saya pernah menjadi satu daripada empat penyerang ketika zaman kami beraksi dengan formasi dua penyerang. Kini kami mempunyai enam penyerang dan bermain dengan formasi tiga penyerang.”

“Ia sepatutnya mengutungkan bagi pasukan dengan terdapat jumlah perlawanan dan tempoh secukupnya untuk beraksi. Ia lebih kepada anda memanfaatkan peluang setiap kali diturunkan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN