Andy Cole Kembali Bekerjasama Dengan Sol Campbell, Sertai Barisan Kejurulatihan Macclesfield Town

Cole

Bekas penyerang skuad kebangsaan England, Andy Cole dilaporkan telah menyertai barisan kejurulatihan pasukan EFL League Two, Macclesfield Town.

Berita tersebut disahkan oleh Twitter rasmi kelab yang membuat pengumuman mengenai kehadiran bekas penyerang yang menjaringkan 187 gol dalam kempen Liga Perdana Inggeris itu.

”Macclesfield Town gembira untuk mengesahkan bahawa bekas penyerang Manchester United dan England, Andy Cole telah menyertai barisan kejurulatihan secara sambilan (separuh masa).”

”Kami ingin mengalu-alukan kehadiran Andy ke Macclesfield Town dan berharap dia akan berjaya ketika bersama kami,” kenyataan yang dikeluarkan laman web rasmi Macclesfield Town.

Kehadiran ini bermakna Cole akan kembali disatukan dengan rakan sepasukannya ketika bersama skuad kebangsaan England iaitu Sol Campbell yang juga merupakan pengurus kelab.

Di peringkat kelab pula, kedua-dua nama besar itu pernah sama-sama menyarung jersi Portsmouth pada musim 2006/07.

Campbell dan Cole bagaimanapun berdepan tugasan yang amat sukar apabila Macclesfield Town kini menghuni tangga ke-23 dari 24 pasukan EFL League Two.

29 Aug 2001: (L-R) Andy Cole, Sol Campbell, Nicky Barmby and Emile Heskey warm-up during England training at Bisham Abbey. DIGITAL IMAGE. Mandatory Credit: Shaun Botterill/ALLSPORT

Selepas mengharungi 28 perlawanan, pasukan yang dikenali sebagai The Silkmen itu hanya mampu mencatatkan enam kemenangan dan enam keputusan seri manakala 16 perlawanan lagi berakhir dengan kekalahan untuk mengutip 24 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN