Higuain Semakin Hampir Sertai Chelsea, Morata Bakal Ke Atletico

Laporan oleh Skysports di Itali menyatakan bahawa Chelsea sudah mencapai persetujuan untuk mendapatkan Gonzalo Higuain secara pinjaman. Gonzalo Higuain akan menyertai Chelsea untuk baki 6 bulan lagi musim ini. Terdapat opsyen lanjutan pada tempoh pinjaman itu.

Perjanjian ini agak rumit kerana ianya melibatkan Juventus dan AC Milan yang memiliki hak ke atas pemain tersebut. Hal ini kerana AC Milan sudah membayar bayaran pinjaman sebanyak €18 juta dan baki €36 juta akan dibayar pada akhir musim sekiranya mereka mahukan pemain itu secara tetap.

Chelsea berharap dapat menyelesaikan urusan itu segera bagi membolehkan Higuain beraksi menentang Arsenal.

Maurizzio Sarri dilihat sudah berputus asa dengan Alvaro Morata. Beliau sudah memberikan penyerang itu peluang namun masih gagal mendapatkan hasil terbaik. Sarri dikatakan mahukan Higuain sebagai penyelesaian kepada masalah di bahagian serangan utama ataupun posisi no.9.

Namun laporan di Itali juga menyebut, CEO Chelsea, Marina Granovskaia masih tidak yakin dengan perpindahan ini. Dan Sarri perlu membuktikan beliau telah melakukan keputusan tepat.

Higuain merupakan penyerang utama Maurizzio Sarri ketika di Napoli. Nilai beliau melonjak naik sehinggakan Juventus sanggup membayar €90 juta untuk beliau.

Higuain masuk untuk 20 minit terakhir dalam aksi menentang Juventus dalam Supercoppa Italiana. Sebelum ini Gattuso membayangkan Higuain memang sudah mahu pergi. Dan sukar untuk beliau cuba menahan orang yang mahu meninggalkan kelab.

“Jika boleh saya nak bawa beliau balik ke rumah saya dan kurangnya di dalam bilik. Setiap 3 jam saya akan berikan makanan. Namun saya tak boleh berbuat begit,” ujar Gattuso kepada wartawan.

Dalam perkembangan yang lain, Alvaro Morata dilaporkan hampir pasti melengkapkan perpindahan ke Atletico Madrid.

Sebelum ini Chelsea menolak bidaan pertama dilakukan oleh Atletico. Kemasukan Higuain antara yang membuatkan perpindahan ini bakal berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN