Pengurus England, Gareth Southgate adalah salah seorang calon untuk bergelar pengurus tetap Manchester United pada musim panas ini.
Perkhabaran tersebut tiba sebelum Manchester United menewaskan Tottenham Hotspur pada tengah malam tadi – menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer mencipta rekod sebagai pengurus yang berjaya mencatat kemenangan terbanyak secara berturut-turut sejak bergelar pengendali.
Pochettino masih No.1
Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino masih merupakan pilihan pertama untuk bergelar pengendali tetap kelab tersebut. Namun hierarki di Manchester United tahu ianya tidak mudah untuk melakukan rundingan dengan Pengerusi Spurs, Daniel Levy.
Pochettino baru sahaja memperbaharui kontrak selama lima tahun untuk kekal bersama kelab London tersebut pada Mei lalu.
Plan B
Dan jika Manchester United gagal meyakinkan Levy untuk melepaskan Pochettino pada musim panas akan datang, Gareth Southgate adalah antara pengganti yang telah disenaraikan sebagai calon oleh kelab tersebut.
Namun sumber dalaman kelab yang bercakap kepada Manchester Evening News berkata, tiada perbincangan telah dilakukan setakat ini bersama pengurus England tersebut – walaupun tidak menafikan pengurus berusia 48 tahun itu sebagai salah seorang calon yang berada di dalam senarai pertimbangan.
Soutgate juga telah memperbaharui kontrak bersama The FA pda Oktober lalu untuk kekal bersama England sehingga 2022.
Pencapaian Southgate yang berjaya memimpin England ke separuh akhir di Rusia, kebolehan pengurus tersebut mempromosi pemain muda ke dalam pasukan, dan taktikal moden yang diterapkan oleh beliau adalah antara daya penarik kepada Manchester United.
Southgate tidak pernah mengendalikan mana-mana pasukan berstatus kelab, sejak dipecat oleh Middlesbrough pada 2009.