Gaji Tertunggak Dua Bulan, MFL Mungkin Akan Potong Geran Tahunan KLFA

TM

Pendedahan mengejut pemain pertahanan kiri skuad Harimau Malaya, Syazwan Andik mengenai tunggakan gaji selama dua bulan oleh Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) ternyata telah menarik perhatian badan pengendali Liga Malaysia, Malaysia Football Malaysia (MFL).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, pihaknya mungkin akan mengenakan sekatan terhadap pemberian geran tahunan kepada KLFA yang dibuat berdasarkan peruntukan sedia ada.

Katanya dalam Berita Harian, pihaknya sentiasa konsisten dengan keputusan diambil sepanjang dua tahun lalu yang menyaksikan badan pengendali liga itu pernah mengenakan denda dan memotong mata pasukan yang melanggar peraturan.

“MFL berhak untuk menyekat pemberian geran tahunan kepada KLFA selaku pasukan Liga Super sebagai cagaran untuk mereka melangsaikan segala hutang tertunggak.

“Pihak KLFA perlu membuktikan bahawa semua bayaran sudah dibuat dan mematuhi dokumen diperlukan dalam pendaftaran liga bagi membuktikan bahawa KLFA mempunyai kewangan yang baik dan perancangan untuk kekal bersaing dalam kempen 2019 dengan jayanya.

“MFL akan meminta penjelasan terperinci daripada KLFA dengan segera untuk dibawa kepada Ahli Lembaga Pengarah MFL,” katanya dalam satu kenyataan.

Syazwan Andik baru-baru ini mendakwa Kuala Lumpur tidak membayar gajinya dua bulan. FOTO: KL Hawks

Baru-baru ini, Syazwan Andik yang keluar daripada Kuala Lumpur untuk menyertai JDT tampil di laman instagram beliau dengan penjelasan ringkas dan padat. Beliau menyatakan menggunakan klausa 8.7 untuk mengaktifkan terminasi kontrak beliau.

Menurut Syazwan: KLFA dan beliau mencapai persetujuan – sebelum ini – jika ada tunggakan gaji, pemain ini berhak menggunakan klausa tersebut untuk meminta penamatan kontrak.

Syazwan Andik menamatkan kontrak selepas 2 kali tidak dibayar gaji iaitu pada November dan Disember 2018.

Syazwan berkata: “Saya telah menamatkan kontrak saya bersama pasukan Kuala Lumpur kerana sudah dua bulan saya tidak menerima gaji.”

“Untuk bulan November dan Disember. Terdapat satu syarat dalam kontrak saya dengan KLFA yang membenarkan saya menamatkan kontrak jika saya tidak menerima gaji untuk dua bulan.”

Peraturan potongan geran ini turut tertakluk kepada pendatang baharu Liga Perdana, Perlis yang dibenarkan beraksi dalam saingan divisyen dua itu namun secara bersyarat.

Menerusi peruntukan sama, MFL menyekat pembayaran geran tahunan skuad Singa Utara itu selagi mereka belum menjelaskan tunggakan gaji dalam tempoh 60 hari daripada tarikh yang sudah ditetapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN