MFL Mahu Setiap Pasukan Lengkapkan Pendaftaran Awal Pada 10 Januari

Malaysian Football League (MFL) hari ini memberi peringatan kepada kesemua 24 pasukan yang akan bertanding dalam Liga Super dan Liga Premier 2019 supaya melengkapkan pendaftaran pertama pemain pada Khamis ini.

Berdasarkan peraturan Liga-M yang ditetapkan, setiap pasukan diwajibkan mendaftar 20 pemain termasuk tiga penjaga gol terlebih dahulu sebelum senarai penuh 30 pemain pada 20 Februari depan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd beliau percaya kesemua pasukan tidak mempunyai masalah untuk membuat pendaftaran kerana sudah diberikan masa yang cukup sebaik pendaftaran dibuka pada 29 November tahun lalu.

“Semua pasukan sudah dimaklumkan mengenai pendaftaran awal 20 pemain pada 10 Januari ini. Pemain yang didaftarkan ini penting untuk pasukan beraksi pada perlawanan pertama pada 1 Februari depan.

“Selain 20 pemain, mereka juga diwajibkan mendaftar tujuh pegawai pasukan dan saya percaya berdasarkan perjumpaan pihak MFL dengan pasukan yang bertanding sebelum ini, mereka nampak sudah bersedia untuk mendaftarkan pemain.

“Cuma sebelum ini ada pasukan yang berdepan masalah untuk mendaftarkan pemain import kerana memerlukan dokumen tertentu termasuk ITC (Sijil Perpindahan Antarabangsa),” katanya.

Shazli berkata, kebanyakan pasukan sudah biasa dengan prosedur pendaftaran pemain ini malah MFL memudahkan lagi urusan pendaftaran itu dengan menggunakan sistem FAM MyPAS bagi menggantikan Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak (SPMB) sejak 2017.

“Kebanyakan pasukan adalah pasukan yang sudah biasa beraksi dalam liga kita dan mereka sudah tahu mengenai prosedur pendaftaran ini. Kita juga tidak melakukan sebarang perubahan melainkan memudahkan lagi proses ini dengan menggunakan sistem FAM MyPAS,” katanya.

Artikel dan foto: MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN