KLFA Kecewa Dakwaan Tidak Tahu Jaga Kebajikan Syazwan Andik

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Nokman Mustaffa berkata persatuan itu kecewa dengan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan mereka tidak tahu menjaga kebajikan pemain – setelah tidak menawarkan kontrak dengan gaji baharu kepada bek kiri, Syazwan Andik.

Syazwan Andik merupakan pemain pilihan pertama jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe di kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang lalu.

Malah penampilan pemain itu mendapat pujian ramai pemerhati bola sepak tanah air, selepas aksi konsisten beliau sepanjang kejohanan.

(Photo by Allsport Co./Getty Images)
Tidak perlu tawar kontrak

Bercakap kepada Sukan Sinar, Nokman bekata KLFA tidak perlu menawarkan sebarang kontrak baharu kepada Syazwan kerana pemain itu sememangnya memiliki kontrak sehingga tamat saingan Liga Malaysia 2019.

“Kita dah ikat Syazwan dua tahun [sehingga penghujung 2019], jadi kita tetap berpegang pada kontrak itu. Kita tidak akan tawarkan kontrak baharu kerana dia sendiri tidak cakap apa-apa.

(Photo credit should read MOHD RASFAN/AFP/Getty Images)

Nokman turut mengesahkan perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada Syazwan sebelum ini, dan hairan mengapa perlu perkara ini dibangkitkan semula kini.

“Lagi pun kalau betul dia mahukan tawaran baharu kenapa dia tidak datang berbincang dengan kami? Hari ini [semalam] pun dia kata nak jumpa, tetapi sampai sekarang senyap,” ujar Nokman kepada wartawan Sukan Sinar.

Diintai dua pasukan

Bukan perkara yang boleh disembunyikan lagi, Syazwan sebelum ini dikatakan telah membuka pintu perbincangan dengan FA Selangor (FAS)

Namun menurut Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon seperti yang dilaporkan oleh Stadium Astro, pihak mereka terpaksa melupakan hasrat berbuat demikian setelah mengetahui Syazwan masih memiliki baki kontrak setahun – dan mengetahui nilai yang ditetapkan oleh KLFA untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan itu.

Gambar yang tersebar di media sosial sejak beberapa hari lalu mengaitkan Selangor dengan Syazwan Andik.

Selain daripada FA Selangor, Sukan Sinar turut mendedahkan Syazwan turut didekati sebuah pasukan lain melalui pintu belakang.

Semalam Nokman mengesahkan pihak mereka di KLFA tidak mempunyai halangan untuk Syazwan berhijrah.

Namun demikian, mereka perlu membayar RM1 juta lebih untuk membenarkan beliau menyertai mana-mana pasukan lain. Menurut Nokman lagi, nilai tersebut adalah berdasarkan klausa yang terkandung di dalam kontrak milik Syazwan dengan KLFA.

Rumusan

Selagi peraturan di Liga Malaysia berkenaan perpindahan pemain tidak diperkasa, selagi itulah kita akan mendengar pelbagai cerita negatif setiap kali jendela perpindahan pemain di negara kita.

Sampai bila kita perlu berhadapan dengan isu sebegini? Benarkah kita mahu bola sepak kita profesional, beretika, atau memiliki nilai fair play?

Atau adakah semua itu sekadar laungan lagak primadona – tampak berbuat, tetapi sebenarnya tidak berbuat atau tidak berniat berbuat; berbuat seolah-olah; berlagak.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN