Status Tan Cheng Hoe Sebagai Jurulatih Harimau Malaya Akan Diketahui Hari Ini

Status Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya bakal diketahui pada hari ini apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan bermesyuarat bersama Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan (JPPK) bagi menentukan kedudukan bekas pengendali Kedah itu.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, dua perkara utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut iaitu satu mengenai laporan semua ketua jurulatih bagi setiap peringkat umur termasuk skuad bawah 19 (B-19) bimbingan Bojan Hodak, Ong Kim Swee (B-23) dan Cheng Hoe (Harimau Malaya).

Perkara kedua adalah perbincangan mengenai kontrak (beberapa) jurulatih yang sudah berakhir. Ia bukan saja membabitkan Cheng Hoe tapi juga jurulatih lain termasuk Chun Yong (futsal) dan pengendali skuad bola sepak wanita kebangsaan (yang berpangkalan) di Sekolah Sukan Malaysia Sabah.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya ketika berada di Beirut yang dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe. FOTO: FAM

Malah, setiap jurulatih akan membentangkan laporan prestasi keseluruhan pada tahun 2018. Mengulas mengenai kedudukan Cheng Hoe, Stuart menjelaskan ia terpulang kepada jurulatih itu sama ada mahu menerima tawaran berkenaan ataupun tidak.

“Perkara itu perlu ditanya sendiri kepada Cheng Hoe kerana maklumat terperinci (mengenai kontraknya) adalah sulit. FAM akan mengetahui sama ada beliau menerima tawaran atau tidak dan ia akan melalui persetujuan bersama.

“Kalau beliau tidak mahu lagi bersama kami mahupun FAM tidak ingin melanjutkan kontraknya, ia akan melalui persetujuan bersama,” katanya dalam Stadium Astro. 

Tan Cheng Hoe berjaya membawa skuad Harimau Malaya melangkah ke final Piala AFF bulan lepas.

Meskipun Malaysia hanya bergelar naib juara Piala Suzuki AFF bulan lepas apabila tewas kepada Vietnam menerusi aggregat 2-3, namun Cheng Hoe berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh FAM iaitu mara ke final.

FAM dijangka turut akan berbincang mengenai perancangan Harimau Malaya yang akan mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan kelayakan Piala Asia 2023 pada pertengahan tahun ini.

Sementara itu, Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee serta skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak masih mempunyai kontrak bersama FAM tetapi prestasi mereka akan dinilaikan.

“Skuad kendalian Hodak mempunyai dua tugasan tahun ini manakala Kim Swee pula akan mengharungi kelayakan Kejohanan B-23 di tempat sendiri, Mac ini,” katanya Stuart lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN