Jose Mourinho Belum Mahu Berbakti Di Portugal, Tolak Tawaran Bimbing Benfica

Mourinho

Jose Mourinho yang dipecat daripada Manchester United dilaporkan menolak tawaran Benfica untuk membimbing kelab tangga ketiga Liga Primeira Portugal tersebut.

Sumber Sky Sports menyatakan bahawa pengurus yang terkenal dengan panggilan ‘The Special One’ itu merasakan masih terlalu awal buat beliau untuk kembali membimbing kelab di tanah airnya.

Pengurus kelahiran Setubal, Portugal itu dikatakan masih mengintai peluang untuk membimbing kelab besar di Eropah walaupun memulakan karier sebagai pengurus di Benfica.

Benfica kini dalam proses mencari pengurus baharu selepas pengurus terdahulu, Rui Vitoria dipecat pada minggu lalu selepas kelab tersebut tewas 2-0 kepada Portimonense.

PORTO, PORTUGAL – DECEMBER 7: Manager Jose Mourinho of Chelsea sits on the bench as photographers mob him during the Champions League Group H match against FC Porto and Chelsea at the Estadio Do Dragao on December 7, 2004 in Porto, Portugal. (Photo by Christopher Lee/Getty Images)

Lebih pedih buat Benfica pada perlawanan tersebut apabila kedua-dua jaringan tersebut dihasilkan sendiri pemain Benfica iaitu Ruben Dias dan Jardel.

Angin bertiup kencang mengenai masa depan Mourinho selepas pemecatan tempoh hari apabila beliau dikatakan telah menarik minat dua pasukan yang pernah dibimbing, Inter Milan dan Real Madrid untuk kembali mendapatkan khidmatnya.

Bersama Inter Milan, Jose Mourinho telah menghadiahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah 2009/10, dua mahkota Serie A dua musim berturut-turut (2008/09 & 2009/10) serta Coppa Italia 2009/10.

Manakala beliau berjaya membawa kejuaraan La Liga 2011/12 dan Copa Del Rey musim 2010/11 buat Real Madrid.

Namun begitu, sumbangan hebatnya bersama Porto dan Chelsea menjadi titik tolak sehingga namanya dikenali dalam kancah bola sepak dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN