Liverpool dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan pemain tengah ofensif yang juga digelar ‘wonderkid’ Trabzonspor – Abdulkadir Omur. Pembelian ini adalah untuk menjadi pengganti Lallana pada jangka masa panjang.
Namun harga Omur bukannya murah. Ini apabila Trabzonspor meminta yuran perpindahan £27 juta. Trabzonspor harus menerima hakikat bahawa agak sukar untuk mereka menghalang pemain itu pergi ke kelab seperti Liverpool.
Selain daripada Liverpool, pasukan Manchester City juga berminat dengan pemain tersebut. Ini selepas City kehilangan beberapa pemain muda mereka termasuk Jadon Sancho.
Buat masa ini tiada maklumat tentang klausa perlepasan pemain ini. Maka boleh dikatakan pemain ini tiada klausa perlepasan. Dengan itu Trabzonspor ada kawalan lebih besar ke atas pemain ini.
Trabzonspor lebih memilih perjanjian yang membolehkan pemain itu kekal di kelab itu pada baki musim ini. Namun mereka juga dikatakan akan mempertimbangkan tawaran yang sebaliknya jika Liverpool memasukkan sekali Adam Lallana dalam perjanjian.
Laporan di England menyebut Jurgen Klopp tidak mahu memasukkan nama Adam Lallana dalam perjanjian kerana masih mahukan pemain itu ada dalam pasukan. Menurut Klopp, Lallana adalah pemain penting kepada taktikal beliau – cuma ketika ini pemain itu bergelut dengan masalah kecergasan.
Berita minat Liverpool ke atas Abdulkadir Omur ini memberikan petanda bahawa Liverpool memang sudah menamatkan minat ke atas Nabil Fekir. Walaupun ada laporan sebelum ini mengaitkan Liverpool masih mahukan Fekir.
Omur pemain yang lincah serta sangat rajin di dalam padang. Ia aspek permainan yang sangat penting dikehendaki Jurgen Klopp.