Dejan Lovren Mahu Rakan Sepasukan Kekal Tenang, Fokus Hadapi Perlawanan Mendatang

Pertahanan Liverpool, Dejan Lovren jelas tidak terlalu memikirkan serta risau melihat rekod tanpa kalah The Reds terkubur di Etihad Stadium tempoh hari.

Beliau yang juga pemain skuad kebangsaan Croatia meminta agar rakan sepasukannya tenang menerima keadaan tersebut dan memberikan tindak balas positif di sebalik kekalahan yang dialami.

Pada perlawanan bertemu Manchester City tempoh hari, Liverpool tumpas 1-2 hasil jaringan Sergio Aguero dan Leroy Sane. Roberto Firmino pula meletakkan nama selaku penjaring buat Liverpool.

Kekalahan yang menyaksikan jurang kedua-dua pasukan ‘menipis’ kepada empat mata selepas 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris yang dilalui.

”Terdapat banyak lagi perlawanan yang bakal kami hadapi selepas ini dan kami tahu ia merupakan satu musim yang besar dan kami masih berada di tangga teratas. Tiada apa yang berubah.”

MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 03: Sergio Aguero of Manchester City is challenged by Dejan Lovren of Liverpool during the Premier League match between Manchester City and Liverpool FC at the Etihad Stadium on January 3, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

”Kami perlu untuk terus kekal tenang, memberikan fokus pada perlawanan demi perlawanand an tidak memandang ke belakang.”

”Apabila kami menang atau kalah, kami tidak akan memandang ke belakang.”

”Ia merupakan perlawanan demi perlawanan, mari kita lihat pada penghujung musim, dimana kami akan berakhir (kedudukan liga).”

”Tetapi saya tidak merasakan ia (kekalahan) mengubah segalanya. Tidak, kami cukup kuat, kuat dalam mentaliti.”

”Ini adalah Liverpool, kami sentiasa bangkit ketika di situasi sukar dan anda ia sukar selepas wisel penamat, tetapi ia masih sudah berakhir. Kami tidak boleh mengubahnya.”

”Kami boleh menerimanya dan mengucapkan tahniah kepada Manchester City – tetapi musim ini masih panjang dan saya percayakan pasukan ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN