Hudson-Odoi Harap Diberikan Lebih Peluang Pamer Bakat Di Chelsea

Pemain muda yang dikaitkan perpindahan ke Bayern Munich, Callum Hudson-Odoi berharap agar dirinya diberikan lebih peluang untuk membuktikan bakatnya bersama Chelsea.

Pemain sayap berusia 18 tahun itu mampamerkan aksi meyakinkan pada perlawanan Piala FA yang menemukan Chelsea dan Nottingham Forest, dimana Hudson-Odoi mencipta dua bantuan jaringan yang dihasilkan Alvaro Morata.

Sehubungan dengan itu, beliau mengharapkan aksi tersebut berjaya menarik minat Maurizio Sarri untuk lebih memberikan peluang buatnya untuk beraksi.

Sebelum ini, Bayern Munich dilaporkan berminat dan melakukan bidaan bernilai £30 juta bagi mendapatkan pemain muda berbakat itu.

WATFORD, ENGLAND – DECEMBER 26: Callum Hudson-Odoi of Chelsea is brought down by Jose Holebas of Watford during the Premier League match between Watford FC and Chelsea FC at Vicarage Road on December 26, 2018 in Watford, United Kingdom. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

”Mudah-mudahan, mudah-mudahan. Anda tidak akan pernah tahu,” jawab Hudson-Odoi ketika ditanya wartawan BeIN Sports mengenai peluangnya untuk terus mendapat tempat ‘dihati’ Sarri.

”Saya sangat berbangga untuk mendapat peluang beraksi dan membantu pasukan memperoleh kemenangan yang sepatutnya.”

”Kami beraksi dengan sangat baik, mentaliti kami sangat kuat dan kami berhak meraih kemenangan yang kami capai.”

”Alvaro (Morata) melakukan dengan cukup baik bagi mencipta jaringan serta kami semua bekerja keras sebagai satu pasukan dan kami sepatutnya menang.”

Ketika ini, Hudson-Odoi masih bergelut untuk menjadi pilihan utama Maurizio Sarri selepas hanya diberikan peluang beraksi selama 42 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN