Solskjaer Beri Bayangan Tiada Sebarang Pembelian Pada Jendela Perpindahan Ini

Solskjaer

Pengendali sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberikan bayangan awal bahawa beliau tidak perlukan sebarang rekrut terbaharu pada jendela perpindahan musim sejuk yang sudah mula dibuka ini.

Solskjaer kini dengan mudah berjaya menambat hati pemain dan para penyokong United selepas berjaya menang kesemua empat perlawanan awal dibawah kendaliannya.

Ketika bekas pengurus, Jose Mourinho sebelum ini nyata kecewa dengan urusan jual beli di Manchester United dan berang kerana gagal membawa masuk pemain pertahanan tengah, namun ia tidak bagi Solskjaer.

Pengendali dari Norway itu berpuas hati dengan skuad yang dimilikinya ketika ini dan dilaporkan tidak akan membawa sebarang pemain baharu ke dalam pasukan.

”Saya gembira dengan skuad yang saya miliki.”

”Saya tidak menjangkakan sesiapa akan datang tetapi jelas sekiranya kelab mempunyai sasaran dan mengenalpasti beberapa nama dan saya mungkin memikirkan mereka sesuai disini, saya akan memberikan sokongan.”

”Tetapi ia bukan keputusan daripada saya sahaja.”

”Tiada siapa yang perlu memberitahu saya bahawa kami mempunyai ramai pemain berbakat (untuk diwarisi di United). Saya dapat melihatnya dari luar.”

Manchester United kembali berada di landasan yang tepat untuk kembali bangkit bersaing setelah berjaya menewaskan Cardiff City, Huddersfield Town, AFC Bournemouth dan Newcastle United.

Selepas berdepan Reading dalam saingan Piala FA minggu ini, Solskjaer dan United bakal berdepan laluan sukar apabila akan bertemu Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN