Akhyar Rashid Sudah Mula Jalani Latihan Bersama JDT

Akhyar

Di sebalik pelbagai kemelut yang melanda, pemain yang kini menjadi tumpuan bola sepak tempatan, Akhyar Rashid kelihatan sudah mula menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan itu.

Kira-kira seminggu yang lalu, Akhyar disahkan menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kontrak selama empat tahun berserta klausa perlepasan perpindahan bernilai RM12,000,000.

Foto yang dimuatnaik oleh Johor Southern Tigers menjadi bukti bahawa Akhyar telah mula menyertai sesi latihan pasukan.

Sudah pasti foto tersebut mendapat perhatian banyak pihak terhadap kehadirannya bersama JDT.

Akhyar
Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Seperti yang diketahui umum, isu berkaitan Akhyar menjadi tular ketika ini selepas Kedah mendakwa JDT telah menggunakan pendekatan ‘pintu belakang’ dalam usaha mendapatkan bintang muda semakin meningkat naik tersebut.

Dalam masa yang sama pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut menegaskan bahawa Akhyar masih mempunyai kontrak selama setahun.

KFA turut berhajat untuk memanjangkan isu ini sehingga ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi memperjuangkan perkara tersebut.

Di pihak pasukan yang bakal bersaing dalam kempen Liga Juara-Juara Asia itu pula, mereka melihat JDT tidak perlu untuk berhubung dengan Kedah kerana mengatakan bahawa Akhyar merupakan ejen bebas.

Sebelum ini, Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan bagi merungkaikan segala kekusutan berkenaan masalah ini dengan mana-mana pasukan yang mahukan khidmat Akhyar perlu membayar pampasan bernilai RM75,000 bersama jumlah tebus kontrak sebanya RM210,000.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN