Kelantan Tetap Mahu Khidmat Pemain Import Walaupun Ada Tunggakan Gaji

Meskipun badan pengendali Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) telah mengenakan syarat ketat ke atas pasukan Kelantan ekoran masalah tunggakan gaji yang masih belum diselesaikan, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) tetap berkeras menggunakan khidmat pemain import bagi menghadapi musim baharu saingan Liga Malaysia.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan dalam Utusan Malaysia, pihaknya sedang mencari beberapa calon pemain import untuk memperkuatkan pasukan itu selepas berjaya menandatangani pemain dari Jepun, Yuta Suzuki.

Menurutnya, kesemua calon pemain import akan diuji pada aksi persahabatan yang telah dirangka sebelum dipilih untuk membarisi kesebelasan utama pasukan tersebut. Skuad Kelantan akan bertemu naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC di Stadium Sultan Muhammad VI pada malam esok.

“Aksi persahabatan itu juga akan menjadi medan untuk menguji persiapan pasukan menjelang sepak mula Liga Perdana 2019,” katanya.

Difahamkan KAFA masih mempunyai hutang lama berjumlah lebih RM500,000 membabitkan bekas pengarah tenikal Alfredo Gonzalez (RM225,940) dan Dramane Traore (RM332,000).

Kemasukan Yuta Suzuki adalah hasil daripada tajaan syarikat pengeluar minuman pribiotik Yakult (M) Sdn. Bhd dan MFL membenarkan pemain itu didaftarkan.

Pemain import baharu skuad The Red Warriors, Yuta Suzuki. FOTO: Kelantan FA

Piya kecewa KAFA masih membisu mengenai tunggakan gajinya

Sementara itu, bekas kapten Kelantan, Badhri Radzi atau Piya mahu kecewa dengan sikap KAFA yang terus membisu mengenai tunggakan gajinya dan menyifatkannya sebagai satu bentuk ‘penderaan’.

“Saya akui sedikit tertekan setiap kali memikirkan masalah ini (gaji). Ini kerana bola sepak merupakan kerjaya utama saya untuk menyara keluarga.

“Saya ada tanggungjawab yang perlu dijalankan. Jadi Kafa pun samalah, jalankanlah tanggungjawab dengan melunaskan bayaran tunggakan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain Piya, Kelantan turut berdepan tuntutan gaji dari pemain pertahanan tinggi lampai, Amiridzwan Taj Tajuddin. Piya dan Amiridzwan kini berhijrah ke utara menyertai pasukan Perlis .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN