Selangor Masih Mencari Calon Pemain Import Dari Asia

Skuad gergasi merah masih mempunyai kekosongan untuk kuota pemain import dari Asia dan Asean selepas mereka mengesahkan Rufino Segovia, Antonio German dan Enrick Dos Santos akan menyarung jersi pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Walaupun kelibat seorang pertahanan Vietnam, Michal Nguyen dikesan ketika perlawanan persahabatan di antara Selangor menentang UiTM FC beberapa hari lalu, namun Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon, menegaskan pemain itu belum sah menjadi milik skuad kendalian Satiananthan.

Dr. Johan menjelaskan dalam Stadium Astro, Sathianathan mahu memantau sejauh mana keadaan terkini pemain kacukan Republik Czech dan Vietnam itu.

Pemain yang pernah beraksi dengan Kelab Liga Thailand itu perlu membuktikan kemampuan sebelum layak menandatangani kontrak bersama Selangor untuk kuota pemain import dari Asia Tenggara.

“Seperti yang ramai maklum, Selangor telah menjalankan latihan dengan beberapa pemain asing tetapi ramai yang dihantar pulang kerana tidak melepasi tahap dimahukan jurulatih. Kami harapkan yang terbaik untuk mereka.

“Semoga dia boleh beraksi dengan baik dan jika prestasi dipamerkan memberangsangkan, kami akan menandatangani dia,” katanya.

Michal Nguyen sedang diuji oleh skuad Selangor.

Calon pemain import Asia masih misteri

Mengulas mengenai calon pemain import Asia pasukan itu, Dr. Johan berkata, beberapa pemain import tersebut enggan menjalani sesi latihan untuk diuji terlebih dahulu.

“Kami mempunyai calon dari Korea Selatan dan Australia. Setakat ini kami masih belum menemui calon yang bersesuaian dengan pasukan Selangor.

“Sesetengah daripada mereka tidak berminat untuk menyertai sesi latihan kami, jadi kami perlu meyakinkan mereka terlebih dahulu,” tambahnya.

Selangor hormat kontrak Syazwan Andik

Sebelum ini media tempatan melaporkan Syazwan Andik menarik minat dua pasukan Liga Super iaitu Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bagaimanapun, Dr. Johan menjelaskan pihaknya menghormati baki kontrak yang masih dimiliki oleh pemain itu dan telah melupakan hasrat untuk mendapatkanya walaupun mereka pernah mengadakan perbincangan dengan Syazwan sebelum ini.

“Setakat ini, kami tidak menyediakan sebarang kontrak untuk Syazwan. Ia hanya perbincangan biasa. Tiada sebarang perkara serius di antara kami dan pihaknya.

“Kehadirannya mungkin memberikan impak besar kepada pasukan kami memandangkan kami memiliki seorang lagi pertahanan sayap kebangsaan, Syahmi Safari, namun kami perlu berpijak di bumi nyata,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN