Syazwan Andik Mungkin Akan Terus kekal Dengan Kuala Lumpur

Pemain pertahanan kiri skuad Harimau Malaya, Syazwan Andik Ishak menegaskan beliau masih ada kontrak dengan Kuala Lumpur meskipun sedang diburu dua pasukan Liga Super yang berhasrat untuk mendapatkan khidmatnya.

Jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah, tidak akan menghalang pemain itu berhijrah ke pasukan lain walaupun pemainnya itu masih mempunyai kontrak setahun lagi dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Ini bermakna pasukan yang bakal mendapatkan khidmat Syazwan perlu membayar pampasan baki kontrak pemain itu kepada KLFA mengikut statut persatuan berkenaan.

“Saya masih ada kontrak dengan Kuala Lumpur.” jelas Syazwan Andik kepada Stadium Astro.

Syazwan Andik kembali menjalani latihan dengan pasukan Kuala Lumpur setelah membantu skuad kebangsaan dalam kempen Piala AFF bulan lepas. FOTO: Kuala Lumpur Hawk

Pemain yang berusia 22 tahun itu kembali menyertai sesi latihan Kuala Lumpur semalam selepas diberikan cuti rehat kerana membantu skuad Harimau Malaya menghadapi kempen Piala AFF bulan disember lepas.

Beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri kembali dengan latihan pasukan itu selepas sekian lama tidak menyertai sesi tersebut.

“Untuk latihan hari pertama ini, segalanya kelihatan baik.

“Kontrak saya bersama Kuala Lumpur juga masih mempunyai baki setahun lagi.

“Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan untuk kekal bermain dengan pasukan ini.

“Saya berharap untuk sekurang-kurangnya meraih satu piala bersama Kuala Lumpur musim ini,” katanya.

Sumber daripada Stadium Astro menyebut Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah antara pasukan yang sedang cuba memancing bekas pemain Harimau Muda itu.

Syazwan sebelum ini pernah beraksi dengan pasukan JDT II dan kemudian beliau mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super bagi mengembangkan kerjaya bola sepaknya.

Peluang beraksi di liga divisyen satu itu telah meningkatkan tahap permainannya sehingga terpilih mewakili skuad bawah 23 tahun kebangsaan. Prestasi cemerlangnya dengan skuad Ong Kim Swe telah menarik minat Tan Cheng Hoe untuk menyenaraikannya dalam skuad Harimau Malaya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN