KFA Tetap Mahu Bawa Kes Akhyar Rashid Ke FIFA dan CAS

Drama perpindahan kontroversi Akhyar Rashid ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini memasuki episod baharu apabila Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tetap berkeras mahu membawa kes itu ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menurut laporan daripada Harian Metro, Setiausaha Kehormat KFA, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, pihaknya sudah ada barisan peguam sendiri biarpun terdapat peguam sukan tempatan yang berkata peluang KFA untuk menang kes tersebut adalah tipis jika dibawa ke FIFA dan CAS.

“Saya ucapkan terima kasih kepada peguam di luar sana yang mengambil berat tentang kemelut yang melanda KFA berhubung isu Akhyar. KFA ada barisan peguam sendiri untuk membawa kes ini ke FIFA atau CAS kerana kami ada asas kukuh untuk mengheretnya dan kami tetap konsisten dengan keputusan itu,” katanya.

“Jika kosnya mahal, kami akan lancarkan tabung khas seperti Tabung Harapan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat untuk membantu meringankan beban kewangan kerajaan.

“Saya yakin itu tidak menjadi masalah, seorang seringgit pun jadilah. Syarikat pun banyak yang nak bantu sebab kerana kita mahu mendedahkan wujudnya kelompong dalam sistem bola sepak kita supaya diketahui umum dan akhirnya dapat diperbaiki.

“Soal kalah atau menang perkara kedua. Perkara paling utama ialah soal integriti dan telus dalam menguruskan hal-hal berkaitan bola sepak. Perlu diingat, bola sepak bukan milik mana-mana individu, tetapi ia adalah milik rakyat dan harus dikembalikan kepada rakyat,” jelasnya.

Akhyar Rashid diumumkan sebagai pemain baharu JDT beberapa hari lalu.

Beberapa hari lalu, pemain sayap skuad kebangsaan itu diumumkan sebagai pemain baharu yang bakal memperkuatkan pasukan juara Liga Super 5 kali, JDT bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pengumuman itu dibuat melalui rakaman video yang dimuat naik di laman facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers sebentar tadi sambil memaparkan penampilan Akhyar dengan kapsyen “Welcome To JDT”.

Akhyar yang mewakili skuad Kedah musim ini merupakan satu-satunya pemain tempatan yang diumumkan menyertai JDT setakat ini selepas mereka mengesahkan kemasukan dua pemain import baharu iaitu Aaron Niguez dan Mauricio Dos Santos Nascimento.

Sebelum ini Perlis FA secara terbuka menyatakan minat mereka apabila cuba melamar bintang muda Kedah itu. Namun, semalam dalam satu kenyataan media, mereka terpaksa melupakan khidmat Akhyar kerana kekangan kewangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN