Warkah Adinda Ultras Perlis Kepada Kekanda Presiden PFA

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit merasmikan logo baharu Northern Lions di Stadium Tuanku Syed Putra ketika perlawanan persahabatan menentang Pulau Pinang sebagai langkah penjenamaan semula pasukan itu.

Namun begitu, logo baharu tersebut mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk penyokong Perlis sendiri kerana tiada “originality” dan ciplak dari logo lain milik sebuah syarikat dari luar negara.

Disebabkan itu, sekumpulan penyokong setia Perlis iaitu Ultras Perlis, Brigate Gialloblu menulis surat terbuka di laman facebook rasmi mereka kepada Presiden PFA meminta pihak pengurusan menimbangkan semula penggunaan logo tersebut dan ditukar dengan logo lain.

“Ke Hadapan Dato Presiden PERLIS NORTHERN LION yang disayangi,

“Maafkan saya sekadar meluahkan pendapat dan rasa sedikit terkilan mengenai pemilihan serta warna pada logo Perlis Northern Lion.

“Pertamanya, template Singa yang digunakan langsung tiada originaliti dan kreativiti kerana dirembat secara yahudi daripada laman Google dan hasilnya seolah-olah tangkap muat sahaja. Mengambil contoh di negara jiran Thailand, logo Gajah dibuat menggunakan kreativiti mereka tersendiri.

“Itu belum bercakap soal copyright yang mana jika pemilik asal logo tersebut ada mendaftar untuk pattern logo tersebut, kita bersedia sahajalah untuk membayar saman,” petikan daripada surat terbuka tersebut.

Logo baharu perlis FA dikhabarkan menyerupai logo syarikat Platinum Prime.

Logo Terengganu FC dijadikan sebagai contoh 

Mereka juga mahu pihak pengurusan Perlis FA mencontohi langkah Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang memberi peluang kepada penyokong mencipta sendiri logo pasukan mereka dengan mengadakan pertandingan reka cipta logo.

“Dato, jika melihat di pantai timur ada sebuah pasukan yang membuat ‘contest’ kepada penyokong mereka untuk membuat logo baharu pasukan bola sepak mereka. Yang paling kreatif dan mempunyai maksud tersendiri pada logo terbabit akan terpilih menjadi logo rasmi pasukan bola sepak mereka,” katanya.

Tema warna pada logo lari 

“Selain itu, dari segi pemilihan warna ramai memberi pendapat jika letak warna biru dan kuning pada logo apabila hendak di letakkan pada jersi yang biru/kuning kelak logo pasukan tidak nampak dengan jelas.

“Dato, sedangkan kelab2 besar eropah, asia, amerika dan lain2 masih mengenakan warna rasmi logo kelab pada jersi mereka dan dapat dilihat dengan jelas.

“Jika dilihat pada logo baru pasukan yang Dato perkenalkan, ada tertulis “DEMIMU KUNING BIRUKU”, dimanakah KUNINGNYA dimanakah BIRUNYA?,” soal mereka.

Sehingga kini pihak PFA masih belum memberi kenyataan rasmi untuk menjelaskan mengenai pemilihan logo tersebut dan penyokong Singa Utara dijangka akan terus mendesak pihak pengurusan menukar logo tersebut walaupun terdapat beberapa pembaharuan positif.

“Setelah berpuluh-puluh pembaharuan positif yang telah dilakukan oleh pengurusan baru Perlis NL, “pembaharuan” logo inilah yang paling tidak perlu, membuang masa dan nampak bodoh.

“Jika dirujuk kepada perlesenan kelab FAM sekalipun, tidak ada dinyatakan langsung bahawa sebuah FA perlu menukar nama, apatah lagi kepada nama bahasa inggeris, inikan pula mengubah logo,” kata kenyataan daripada Brigate Gialloblu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN