Bekas pemain Liverpool dan Cardiff City, Craig Bellamy meramalkan Manchester City tetap akan mempertahankan kejuaraan Liga Perdana sekali pun Liverpool menghuni carta teratas liga ketika ini.
City dianggap sebagai calon pilihan selepas menjulang gelaran musim lalu dengan jurang cukup besar, 19 mata di depan pasukan tangga kedua Manchester United.
Begitupun, tiga kekalahan daripada empat perlawanan terakhir menyaksikan mereka kini ketinggalan tujuh mata di belakang skuad kendalian Jurgen Klopp untuk menghuni tangga ketiga liga.
Beliau berpendapat skuad Pep Guardiola lebih berpeluang cerah untuk meraih kejuaraan Liga dalam beberapa perlawanan yang akan datang meskipun Liverpool ketika ini kekal sebagai satu-satunya pasukan yang masih belum kalah dalam aksi liga.
Craig Bellamy:
“I don't believe Liverpool will go unbeaten, they will lose one or two games, and I personally think Man City will win the league.
I think Guardiola would be rubbing his hands saying 'game on – last year, we won it so comfortably, now let's see what we've got’”.
— City Chief (@City_Chief) December 28, 2018
“Saya tidak percaya Liverpool tidak akan dikalahkan, mereka akan kalah satu atau dua perlawanan dan saya secara peribadi merasakan Man City akan memenangi liga,” katanya kepada sky sports.
“Saya berfikir Pep Guardiola akan menggosok tangannya dan berkata ‘ayuh bermain, musim lalu kami menang dengan amat selesa, kini ayuh lihat apa yang kami miliki’.
“Mereka mempunyai pengurus yang juga pemenang bersiri jadi mereka mempunyai banyak faktor yang boleh dicontohi. Selepas ketinggalan tujuh mata, terutama ketika Krismas, kamu boleh mendapatkannya kembali. Jangan padam peluang Man City.”
Craig Bellamy has given his verdict on which of his former clubs will win the title #mcfc https://t.co/5W5HWqHi84
— Manchester City News (@ManCityMEN) December 28, 2018
Bellamy yang pernah beraksi bersama Cardiff, Newcastle United dan West Ham juga percaya perkara yang utama adalah bagaimana Liverpool bangkit selepas dipalit kekalahan pertama.
“Bagaimana tindak balas mereka, ia perkara yang penting. Saya masing ingat kehilangan gelaran liga pada hari terakhir di Celtic.
Kemudian mengalaminya sekali lagi bersama Cardiff dalam Liga Kejuaraan, ia seperti ‘bertenang, ambil satu perlawanan ke satu perlawanan, menang perlawanan berikutnya dan jangan bimbang mengenai apa yang kami adalah dalam tempoh tiga minggu.”