Leonardo Tepis Spekulasi Mengenai Gennaro Gatusso Dan Gonzalo Higuain

Leonardo

Pengarah sukan AC Milan, Leonardo Araujo menafikan spekulasi mengenai pemecatan jurulatih Gennaro Gattuso seperti yang dilaporkan sesetengah pihak sekiranya pasukan gagal mencapai kemenangan menentang pasukan di pertengahan carta liga, SPAL awal pagi ini sebelum rehat musim sejuk bermula.

Kenyataan Leonardo dikeluarkan awal pagi tadi menerusi Football Italia, selepas beliau ditanya mengenai status Gatusso di Milan.

Beliau menjelaskan bahawa sehingga hari ini pihak pengurusan masih belum melakukan sebarang perancangan sedemikian.

“Tiada perancangan untuk menggantikan Gattuso dan Milan tidak menghubungi sesiapa.”

Memperbaiki keadaan

Sebaliknya, Leonardo mengakui yang AC Milan kini bagaimanapun sedang berusaha memperbaiki keadaan untuk memastikan pasukan itu kembali ke prestasi yang sebenar.

“Kami cuba memperbetulkan keadaan, kami sedang memburu objektif untuk menamatkan (kempen) dalam kelompok empat terbaik.”

MILAN, ITALY – NOVEMBER 11: coach Gennaro Gattuso of AC Milan during the Italian Serie A match between AC Milan v Juventus at the San Siro on November 11, 2018 in Milan Italy (Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates /Getty Images)

Tambahnya lagi, “Pemilik sedar akan situasi ini dan kami memerlukan kerjasama dari semua pihak.

“Kami perlu sedikit persefahaman untuk memperbetulkan situasi ini, kami tidak membeli 10 pemain dan kemudian mengubah segala-galanya.”

Tiada tawaran dari Chelsea

Selain itu, Leonardo turut menafikan spekulasi mengenai penyerang mereka, Gonzalo Higuian yang sedang hangat diperkatakan akan berpindah menyertai Chelsea.

“Chelsea? Tidak ada sebarang tawaran yang dibuat terhadapnya.”

MILAN, ITALY – DECEMBER 22: Gonzalo Higuain of AC Milan during the Italian Serie A match between AC Milan v Fiorentina at the San Siro on December 22, 2018 in Milan Italy (Photo by Erwin Spek/Soccrates/Getty Images)

Leonardo turut berkata, penyerang Argentina itu sama sekali tidak pernah meminta untuk berpindah meskipun terdapat desas desut yang mengatakan bahawa pemain itu mahu menyertai bekas pengurus, Maurizio Sarri dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

“Tiada siapa bertanya kepada kami mengenainya dan dia juga tidak meminta untuk berpindah.”

Pemain berusia 31 tahun itu menyertai AC Milan secara pinjaman dari Juventus, Julai lalu selepas ketibaan Cristiano Ronaldo di Turin. Dia hanya meledak lima gol dalam 14 perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN