Thailand Destinasi Pilihan Buat Bryan See, Tekad Bantu Bangkok FC Ke Saingan Thai League 2

Bryan See

Bekas penjaga gol Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Bryan See Tian Keat yang berhijrah ke Bangkok FC bertekad untuk membawa kelab tersebut ke saingan Thai League 2.

Bryan ditawarkan kontrak selama setahun setelah penjaga gol berusia 25 tahun itu berjaya meyakinkan panel pemilihan selepas mengharungi sesi percubaan selama lima hari.

Walaupun hanya akan beraksi dalam saingan Thai League 3 pada musim hadapan, Bryan melihat Bangkok FC yang menekankan penguasaan bola, cukup sesuai dengan corak permainannya.

”Matlamat saya pada musim hadapan untuk mencari pasukan yang bermain dengan penguasaan bola (possesion football) serta memerlukan penjaga gol yang ‘build up’ dari kawasan gol sendiri.”

”Aspek ini yang saya tunjukkan pada sesi percubaan tempoh hari ketika di Bangkok FC. Pada masa yang sama mereka juga memberikan penekanan terhadap penguasaan bola.”

Bryan See ketika sesi latihan bersama PKNP FC sewaktu menghadapi musim 2018. Kredit foto: PKNP FC

”Ternyata ia cukup sesuai dengan cara permainan saya,” jelas Bryan ketika dihubungi wakil SemuanyaBOLA.

Bryan turut melihat Bangkok FC sebagai sebuah pasukan yang dikendalikan dengan cukup baik serta pemilik pasukan mempunyai keazaman yang tinggi bagi membawa Bangkok FC ke Thai League 2.

”Pasukan ini telah mendapat kebenaran untuk menggunakan padang latihan serta stadium milik Muangthong United. Mereka juga mendapatkan khidmat barisan kejurulatihan dari luar negara.”

Langkah Bryan See mengubah angin ke Thailand selain dari mengembangkan karier profesionalnya, ia turut bertujuan dalam memberikan galakan dan dorongan buat pemain tempatan lain mengambil langkah yang serupa dengannya.

”Saya juga mengharapkan dengan langkah yang diambil dapat mempengaruhi serta menggalakkan pemain lain untuk keluar daripada zon selesa bagi mencabar diri beraksi dalam saingan liga asing (luar negara).”

Foto: Kiriman peribadi Bryan See

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN