Sarri Mahu Hazard Selesaikan Isu Masa Depan Beliau Dengan Secepatnya

Chelsea

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berkata beliau kini berada dalam keadaan bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan mengenai masa depan pemain utama beliau – Eden Hazard.

Hazard dikatakan belum lagi menentukan hala tuju beliau sama ada mahu kekal di Stamford Bridge atau pun tidak.

Hal ini kerana, pemain kebangsaan Belgium itu dikatakan masih lagi mengharapkan tawaran dari Real Madrid sekiranya kelab Sepanyol itu hadir melamar beliau.

Bercakap dalam satu sidang media, Sarri mengatakan yang hal mengenai Hazard ini merupakan satu permasalahan yang perlu diselesaikan.

Dan kini telah tiba masa untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Pada saya, sudah tiba masa untuk hal ini diselesaikan.”

“Kerana pada hemat saya, sekiranya hal ini tidak diselesaikan sekarang dan dibiarkan berlarutan pada masa depan maka ianya akan mengundang masalah pada waktu itu.”

Dalam masa yang sama, Sarri turut berpuas hati dengan persembahan Hazard selepas beliau meletakkan pemain itu dengan tugasan pemain 9 jadian.

“Saya tak nampak masalah beliau ketika bermain dengan tugas 9 jadian ini.”

“Sudah 4 perlawanan beliau main dengan tugasan itu dan beliau berjaya jaringkan 3 gol serta 2 bantuan gol.”

Hazard tempoh hari cemerlang membantu Chelsea dengan menjaringkan 2 gol ketika pasukan itu menewaskan Watford di tempat lawan.

Mereka kini akan menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada Ahad, 8 malam waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN