Manchester United 3-1 Huddersfield: Solskjaer Gembira Menang Dengan Cara ‘The United Way’

Itulah beza Manchester United apabila ‘rantai’ mereka dilepaskan. Dalam masa hanya seminggu, Manchester United yang sebelum ini dirantai oleh komitmen defensif Jose Mourinho berubah menjadi Manchester United yang segar. Laju, berbahaya dan sangat menarik untuk ditonton.

Di bawah kendalian pengurus interim yang juga lagenda kelab, Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United kini bermain dengan pendekatan menyerang yang memanfaatkan pemain-pemain utama mereka -a antaranya Paul Pogba.

Dalam buku program kelab, Solskjaer memberitahu “kelab ini dibina berdasarkan permainan yang menghiburkan dan mengujakan.” United kini telah menjaringkan 8 gol dalam 2 perlawanan, menampilkan pergerakan dan seni menyerang yang selama kini hilang di bawah kendalian 3 pengurus sebelum ini: Jose Mourinho, Louis van Gaal dan David Moyes.

Paul Pogba kembali membarisi kesebelasan utama selepas hilang kepercayaan Mourinho. Pemenang Piala Dunia 2018 ini membalas kepercayaan Solskjaer dengan menjadi pemain paling banyak memegang bola (117), paling banyak melakukan hantaran (90) dan paling banyak membuat percubaan (5) ketika aksi di Old Trafford semalam.

Pogba turut muncul sebagai pemain terbaik perlawanan semalam dan ketika menentang Cardiff City 2 hari lepas.

Nemanja Matic menjaringkan gol pembukaan selepas menampan masuk tandukan Victor Lindelof yang ditepis oleh Jonas Lossl dari jarak dekat.

Pogba kemudiannya menambah dua lagi gol untuk tuan rumah pada separuh masa kedua. Pertama, beliau membuat rembatan pantas dalam kotak penalti hasil serangan pantas United di sebelah kanan pada minit 64′.

Kemudian Pogba melakukan apa yang biasa beliau lakukan ketika mencipta nama di Juventus. Pada minit ke-78, pemain tengah Perancis ini melepaskan roket rembatan dari jarak 30 ela untuk mematikan sisa-sisa harapan Huddersfield untuk bangkit.

Huddersfiled yang terperosok di dasar liga selepas Fulham seri dengan Wolverhampton Wanderers semalam, juga mempunyai banyak peluang mereka sendiri. Tetapi kebanyakannya datang terlalu lambat, terutama sekali apabila Mathias Jorgensen menjaringkan gol saguhati mereka pada lewat permainan.

Solskjaer yang bercakap mengenai tradisi kelab dan mengurus pasukannya ‘The United Way’ turut membawa masuk pemain 18 tahun, Angel Gomes ketika perlawanan berbaki 10 minit – penampilan kedua Gomes dalam skuad senior. Pemain muda tersebut hampir-hampir menjaringkan gol. Tetapi percubaan lencong beliau sempat diselamatkan oleh Lossl.

Pengurus berbangsa Norway itu masih mempunyai banyak kerja untuk dilakukan, terutamanya di bahagian pertahanan. Gol Jorgensen semala bermakna United hanya berjaya mencatat 2 clean sheet dalam 19 perlawanan musim ini.

United kekal di tangga ke-6 liga, 6 mata di belakang Arsenal yang diikat 1-1 oleh Brighton untuk menduduki tangga ke-5.

Selepas ini United akan menentang Bournemouth pada 30 Disember, sekali lagi di Old Trafford.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN