Liridon Krasniqi Idam Sarung Jersi Harimau Malaya, Akui Sayangkan Malaysia

“Jika tiada khabar daripada Kosovo, saya sedia untuk beraksi bersama Malaysia,” tutur Liridon Krasniqi, bekas pemain import Kedah kepada FourFourTwo dalam temubual sekitar Februari lalu.

Ketika itu, tersebar meluas yang arkitek skuad Helang Merah itu bakal meninggalkan pasukan untuk menyertai kelab di Perancis, Angers SCO walaupun masih memiliki baki setahun kontrak.

Ia dikatakan demi karier antarabangsanya yang tampak kabur dan sedikit terjejas kerana baginya Liga Malaysia (Liga M) tiada dalam radar pengurusan skuad kebangsaan Kosovo ketika itu.

Kini, selepas empat musim bersama, pemain berusia 26 tahun itu telah dilepaskan oleh Kedah dan perkhabaran terkini menunjukkan yang Liridon mungkin akan berkelana ke Liga Indonesia.

Minggu lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Timbalan Presidennya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, menjelaskan yang pihaknya sedang mempertimbangkan penambahan pemain naturalisasi.

Selain Liridon, antara pemain lain yang disebut akan diserap ke dalam skuad Harimau Malaya adalah pemain tengah Terengganu, Lee Tuck dan penyerang Kuala Lumpur, Guilherme de Paula.

“Sekiranya mendapat tawaran, sudah pasti saya tidak akan menolak tawaran berkenaan kerana saya mahu menyertai skuad Malaysia,” ujarnya ketika dihubungi Berita Harian kelmarin.

Guilherme De Paula (kiri) dan Liridon Krasniqi (Kanan).don

“Saya gembira apabila mendapat tahu saya berpeluang menjadi pemain naturalisasi dan sekiranya ini berlaku, saya bertekad mahu berikan segala yang terbaik yang boleh saya curahkan untuk bola sepak Malaysia.

“Lagipun, saya sayangkan Malaysia dan dengan pengalaman selama selama empat tahun, saya sudah menganggap Malaysia seperti negara kedua saya dan pastinya saya bangga sekiranya ditawarkan beraksi mewakili Malaysia,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, jika tidak mendapat tawaran daripada mana-mana pasukan di Liga M untuk saingan musim hadapan, peluang untuknya menyarung jersi Harimau Malaya pasti akan terjejas.

Liridon masih perlu tinggal setahun lagi di bumi Malaysia bagi membolehkan skuad negara menawarkan peluang buatnya untuk menjadi pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh.

Bersama Kedah, Liridon meraih kejuaraan Liga Premier 2015, Piala Malaysia 2016 dan Piala FA 2017 selain Anugerah Pemain Import Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2016.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN