Huddersfield Town perlu menggandakan usaha jika mahu mengatasi Manchester United dalam perlawanan ‘Boxing day’ di Old Trafford, malam ini.
Pengurus Huddersfield, David Wagner mengakui pertemuan dengan skuad The Red Devils adalah antara aksi paling sukar bakal dihadapi mereka, berikutan selepas menyaksikan kebangkitan pasukan itu dibawah pengendali baru – Ole Gunnar Solskjaer.
Solskjaer berjaya mencatatkan permulaan yang penuh bergaya selepas mengambil alih tempat Jose Mourinho dengan membawa pasukan meraih kemenangan 5-1 menewaskan Cardiff City.
Kemenangan tersebut sekaligus mengembalikan semula mental serta keyakinan para pemain United untuk berdepan lawan seterusnya selepas ini.
Ulangi cerita di Southampton
Bagi Wanger, beliau menganggap tarikh pertemuan dengan United adalah satu waktu yang tidak tepat untuk pasukan.
Wagner akui nasib seperti tidak menyebelahi Huddersfield ketika ini dimana mereka adalah pasukan seterusnya yang bakal berdepan Man. United yang sedang dalam ‘aura’ kebangkitan.
Pengurus berusia 47 tahun itu turut percaya, situasi yang sama akan berulang seperti sebelum ini yang meyaksikan mereka menerima kekalahan 1-3 menentang Southampton. Pada masa itu, Southampton telah berubah selepas ketibaan pengurus baru, Ralph Hasenhuttl.
“Saya terkejut dan saya benar-benar sedih [untuk Jose Mourinho]. Ini adalah perkara yang tidak mahu didengar dan dilihat oleh mana-mana pengurus,” katanya kepada Sky Sports.
“Secara umumnya, saya tidak suka apabila pengurus dipecat, terutama jika kita bermain menentang pasukan lawan sebaik sahaja ianya berlaku – seperti yang kita lalui ketika berdepan Southampton. Ini tidak menjadikan kerja mudah buat kita.”
Huddersfield akan bangkit
Kedudukan Wanger dalam pasukan semakin goyah selepas menjalani lima perlawanan dengan kekalahan secara berturut-turut dan meletakkan pasukan itu kini berada dikedudukan ke-19 Liga Perdana – berkongsi 10 dengan Fulham.
Namun, sebagai pengurus, Wanger tetap meletakkan keyakinan buat barisan pemainnya dan berharap mereka mampu bangkit dari kekecewaan dan mengejutkan pasukan tuan rumah nanti.
“Saya akan menghentikan langkah ini terhadap mana-mana pasukan lawan, saya tidak peduli lawan manapun,” katanya.”
“Seterusnya, kita mempunyai peluang dengan United, ia kelihatan bukan mudah tetapi seperti biasa dalam kehidupan dan bola sepak, setiap hari peluang tetap diberikan kepada anda.”
Tambahnya lagi, “Kami akan melihat apa yang boleh kami lakukan pada Boxing Day. Yang pasti, kami harus bermain lebih baik dari babak pertama, babak kedua seperti yang saya katakan dengan reaksi yang sebenar.”
“Kami harus kembali ke prestasi sewajarnya yang telah kami tunjukan. Itu memberi kami kesempatan dan kemudian kami harus melihat seberapa bagus United hari ini.”