Henrikh Mkhitaryan Terpaksa Diketepikan Selama Enam Minggu Akibat Patah Tulang Metatarsal

Mkhitaryan

Selepas menghadapi masalah kecederaan melibatkan pemain pertahanan, kini Unai Emery terpaksa melupakan khidmat pemain tengah, Henrikh Mkhitaryan yang mengalami patah tulang metatarsal.

Mengikut laporan dari Sky Sports, pemain antarabangsa Armenia itu terpaksa disisihkan selama enam minggu akibat kecederaan yang dialami pada kaki kanannya itu.

Mkhitaryan mengalami kecederaan ketika saingan suku akhir Piala Carabao bertemu Tottenham Hotspur selepas bertembung dengan Lucas Moura sehingga memaksa beliau dibawa keluar hanya seminit selepas aksi babak kedua bersambung.

Berikutan insiden itu, beliau juga terlepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Burnley yang menyaksikan Arsenal menang 3-1 pada perlawanan tersebut.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 19: Henrikh Mkhitaryan of Arsenal is challenged by Danny Rose of Tottenham Hotspur during the Carabao Cup Quarter Final match between Arsenal and Tottenham Hotspur at Emirates Stadium on December 19, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Henrikh Mkhitaryan dijangka akan kembali menjalani sesi latihan pasukan pada Februari 2019 dan dijangka terlepas aksi getir saingan liga bertemu Liverpool dan Chelsea.

Bagaimanapun, beliau berkemungkinan akan diturunkan pada pertemuan dengan Manchester City pada 4 Februari di Etihad Stadium.

Arsenal sebelum ini menghadapi krisis kecederaan panjang yang melibatkan Danny Welbeck dan Rob Holding manakala Hector Bellerin memerlukan dua minggu untuk kembali menyertai sesi latihan.

Shkodran Mustafi yang semakin pulih daripada kecederaan hamstring juga dilihat bakal terlepas aksi ‘boxing day’ bertemu Brighton dan Nacho Monreal akan melakukan pemeriksaan lanjut bagi mengetahui sama ada beliau dapat diturunkan atau tidak pada perlawanan yang akan berlangsung di Amex Stadium itu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN