Zaquan Harap Tan Cheng Hoe Dikekalkan Sebagai Jurulatih Skuad Harimau Malaya

Kapten skuad Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd. Radzak menyifatkan Tan Cheng Hoe merupakan individu yang paling layak untuk mengendalikan skuad kebangsaan selepas membantu negara muncul sebagai naib juara Piala Suzuki AFF.

Beliau berkata demikian kepada kosmo berpendapat Cheng Hoe mempunyai aura yang tersendiri dan pemain sangat selesa berada dibawah bimbingannya.

“Secara jujur, mana-mana jurulatih yang datang atau menjulang ­Piala Dunia sekalipun, jika tidak pandai mengambil hati pemain dan mengendalikan pasukan kebangsaan akhirnya jurulatih itu tidak akan mampu membuahkan kejayaan.

“Justeru, saya yakin jurulatih kami (Cheng Hoe) mempunyai karektor dan falsafah yang wajar dihormati. Meskipun pada peringkat awal ramai pihak mempersoalkan mengenai taktikal, formasi dan sebagainya, namun beliau berpegang teguh dengan pendiriannya.

“Sebagai jurulatih, dia sangat tenang dan setiap keputusan serta arahan yang dibuat sangat jelas dan mudah difahami pemain. Saya harap dia diberikan peluang untuk terus mengendalikan skuad Harimau Malaya,” katanya.

Skuad Harimau Malaya menjalani latihan dibawah kendalian Tan Cheng Hoe. FOTO: FAM

Status Cheng Hoe yang mengambil alih tugas daripada jurulatih import, Nelo Vingada tahun ini menjadi tanda tanya memandangkan kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal ber­akhir hujung Disember nanti.

Zaquan juga yakin dengan skuad Harimau Malaya yang ada ketika ini dan mempunyai masa depan yang cerah memandangkan separuh daripada pemain skuad itu merupakan pemain muda bawah 25 tahun.

“Saya anggap pasukan ini memiliki masa depan cerah dan harap dapat fokus untuk terus memartabatkan kembali nama bola sepak negara di pentas antarabangsa,” katanya.

Cheng Hoe bawa gaya permainan yang berbeza

Tiada lagi clueless longball dan kerap hilang penguasaan bola, anak didik Cheng Hoe tampil dengan penguasaan ball posession dalam setiap perlawanan ketika kempen Piala Suzuki AFF minggu lalu.

Meskipun Malaysia tewas kepada Vietnam menerusi aggregat 2-3 di final Piala Suzuki AFF, Cheng Hoe berjaya melepasi  petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh FAM iaitu mara ke final.

Ramai yang sepakat menjangkakan perjalanan skuad ini akan berakhir di peringkat separuh akhir. Malah, ada juga sebilangan kecil yang sinis skuad ini bakal tersingkir di peringkat kumpulan.

Walaupun gagal mengakhiri ceritera menakjubkan ini dengan kejuaraan, kejayaan melangkah ke pentas akhir dengan gaya permainan yang sangat berbeza juga adalah satu petanda positif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN