Tsunami Selat Sunda: Ozil Dan Aguero Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Mangsa

Takziah

Bencana Tsunami yang melanda kawasan pantai sekitar Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa, Indonesia sekitar pukul 9.27 malam waktu tempatan (Sabtu) telah mengundang perhatian dan simpati seluruh dunia termasuk juga rakyat Malaysia.

Agensi bencana Indonesia mengesahkan angka kematian bencana tsunami tersebut semakin meningkat kepada 222 orang, manakala 843 cedera dan 28 mangsa masih lagi hilang dalam tragedi berkenaan.

Ozil turut bersimpati

Tragedi yang menimpa Indonesia itu turut mendapat simpati dari bintang Arsenal dan Jerman, Mesut Ozil.

Ozil menzahirkan rasa sedih dengan berita kematian tragedi tersebut dan  mengucapkan takziah buat semua mangsa terkorban.

Melalui laman Twitter rasminya, @MesutOzil1088, beliau turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan berharap agar semua dapat menghadapi segala ujian dengan tabah.

“Berita buruk dari Indonesia
Saya berharap keluarga dari korban bencana alam ini dikuatkan dan bagi yang terluka semoga lekas pulih dan sehat kembali”

“My thoughts are with the victims of the #Tsunami in #Indonesia, their families and all those effected. Stay strong! #M1Ö”

Takziah dari Aguero

Rasa sedih turut dikongsikan penyerang Manchester City, Sergio Aguero melalui laman twitternya @aguerosergiokun sebentar tadi, yang turut mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat kepada seluruh keluarga mangsa tragedi.

“My condolences to the family and friends of the victims of the #tsunami that hit #Indonesia.”

“My heart goes to you and all people affected by it.”

Di kesempatan ini juga, kami dari SemuanyaBola ingin merakamkan ucapan takziah buat seluruh warga tragedi, dan mendoakan roh yang terkorban dicucuri rahmat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN