MFL Keluarkan Kalendar Liga Malaysia Untuk Tahun 2019 Dan 2020

Musim baharu saingan Liga Malaysia akan membuka tirainya pada bulan Februari 2019 dengan perlawanan Piala Sumbangsih dijadualkan berlangsung pada 2 Februari 2019 menurut kalendar yang dikeluarkan oleh Malaysian Football League (MFL) pada hari ini.

Bukan sahaja kalendar untuk tahun 2019, malah mereka turut mengeluarkan Kalendar Pertandingan Liga Malaysia bagi tahun 2020. Berbeza dari tahun lepas di mana kalendar pertandingan hanya dikeluarkan bagi tempoh satu tahun sahaja.

Pengedaran kalendar untuk dua tahun ini adalah pertama kali dalam sejarah pertandingan Liga Malaysia. MFL mengambil langkah pembaharuan ini selepas mengambil kira maklumbalas dari pihak penyokong.

Menurut kenyataan daripada MFL, tindakan ini dibuat bagi memudahkan perancangan dan persediaan awal oleh pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia untuk jangka masa panjang.

“Selain dari persediaan bagi perlawanan-perlawanan Liga Malaysia, pengedaran kalendar awal ini dapat membantu pasukan untuk membuat persediaan dalam menyediakan dokumen-dokumen pendaftaran, perancangan penggunaan stadium, persediaan bagi jendela perpindahan pemain, aktiviti komersial dan promosi pasukan.

“Pembaharuan yang dibuat oleh MFL bagi perjalanan Liga Malaysia 2019 di mana kebanyakkan perlawanan akan bermain pada hujung minggu bagi memudahkan penyokong untuk hadir ke stadium, perkara ini terhasil setelah beberapa sesi perbincangan yang dibuat oleh MFL bersama penyokong,” kata kenyataan itu.

Tarikh-tarikh penting Liga Malaysia untuk tahun 2020

Selain itu, perlawanan akhir Piala FA akan bermain selepas tamat Liga dan sebelum unifi Piala Malaysia bermula. Kalendar ini juga telah dimuktamadkan dalam perbincangan bersama pengurusan pasukan kebangsaan, dan masa mencukupi bagi mereka untuk membuat panggilan latihan semasa ‘FIFA days.’

Kalendar pertandingan Liga Malaysia 2021 akan dikeluarkan pada penghujung tahun 2019

Pada penghujung tahun 2019, MFL akan mengedarkan kalendar bagi tahun 2021 supaya pasukan dapat membuat perancangan bagi setiap dua tahun akan datang.

Pengedaran kalendar bagi jangka masa panjang ini dapat memudahkan kepada penaja dan juga bakal penaja yang berpotensi tinggi untuk merancang lebih awal sekali gus meningkatkan nilai bagi kesemua pertandingan.

Jadual perlawanan akan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) bulan sebelum tarikh mula sepak mula liga. Perancangan jadual adalah sangat mencabar kerana terikat dengan pengesahan pendaftaran pasukan serta pengesahan venue bagi setiap pasukan.

MFL akan memastikan untuk mengeluarkan jadual pada masa akan datang dengan lebih awal bagi memudahkan perancangan oleh semua pihak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN