Gol jaringan pemain tengah dari Sporting Kansas City berdarah Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal telah dicalonkan sebagai gol terbaik dalam United Soccer League (USL) musim 2018.
Anak muda berdarah Melayu beridentitikan Malaysia ini tidak pernah menyarung jersi pasukan negara. Malah ketika ditanya mengenainya pada penghujung tahun lalu ketika pulang melawat Malaysia, beliau berkata belum memikirkan lagi sama ada akan menyarung jersi Harimau Malaya atau Amerika Syarikat satu hari nanti.
Tetapi bukan mengenai negara mana yang mahu dibuktikan oleh Wan Kuzain. Sebaliknya, pencapaian beliau pada hari ini di Amerika Syarikat membuktikan pemain tempatan mampu pergi jauh di dalam bola sepak, tanpa mengira bangsa, kaum, atau warna kulit.
SKC debut. First SKC goal. 2018 was a memorable one for @LeKuz7. #ForGloryForCity
PS he's also up for @USLChampionship Goal of the Year VOTE » https://t.co/JmhhYjAhes pic.twitter.com/dZk4iYJgXU
— Sporting Kansas City (@SportingKC) December 17, 2018
Kuzain merupakan pemain produk akademi Sporting KC yang mula menyertai mereka sebagai pemain remaja pada tahun 2016.
Pada tahun yang sama, beliau menyertai akademi Swope Park Rangers menerusi kontrak pemain akademi sebelum menandatangani kontrak sebagai pemain United Soccer League (USL) dengan pasukan yang sama.
Pada 2018, Kuzain memperoleh kontrak homegrown bersama Sporting KC pada bulan April sebelum melakukan penampilan pertama bersama pasukan utama Sporting KC.
Undi gol Wan Kuzain sebagai gol terbaik USL
Sebelum ini kami pernah berkongsi jaringan oleh anak muda ini yang dicalonkan untuk anugerah Gol Terbaik USL Bulan Ogos.
Kali ini Wan Kuzain membuktikan usaha keras tidak akan menjadi sia-sia apabila semua jaringannya itu diumumkan sebagai calon gol terbaik USL bersama pencalonan yang lain.
The Final Round: @LeKuz7 or @alexxbruc?
VOTE ↓https://t.co/3WpNZ59kQd
— USL Championship (@USLChampionship) December 18, 2018