PFA Malaysia Kesal Dituduh Cuba Sabotaj Pasukan Perlis

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menyatakan kekesalan atas tuduhan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA).

Menurut laman rasmi PFAM di Malaysia, Rezal Zambry Yahya yang bertindak sebagai presiden persatuan mengatakan tiada sebarang unsur sabotaj dilakukan terhadap Perlis.

Kenyataan itu turut disokong oleh Ahmad Fauzi Saari yang merupakan Setiausaha PFAM serta bekas pemain Perlis satu ketika dahulu.

“Pihak PFAM kesal atas tuduhan sabotaj yang dibuat oleh Presiden Perlis FA. Kami tiada kepentingan lain melainkan untuk bersuara demi untuk para pemain sendiri.”

“Kenyataan yang dikeluarkan PFAM adalah untuk menyampaikan suara bekas pemain yang masih belum mendapat tunggakan gaji sedangkan pihak Perlis FA mengatakan isu tersebut telah selesai.”

PFAM memaklumkan perkara ini selepas Presiden Perlis FA, Datuk Ahmad Amizal menyelar tindakan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM iaitu Izham Ismail yang dikatakan tidak berbincang terlebih dahulu dengan mereka sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

“Mengapa beliau tidak telefon atau minta segala dokumen yang diperlukan daripada kami sebelum bercakap kepada media?”

Isu tunggakan gaji pemain Perlis ini melibatkan bekas pemain pasukan tersebut ketika zaman suram mereka.

Perkara ini sedikit sebanyak telah membayangi kerancakan pasukan tersebut yang kini telah mendapatkan ramai pemain untuk musim baharu Liga Malaysia.

Safee Sali, Badhri Radzi dan Khyrill Muhymeen antara nama-nama yang telah sah menyertai pasukan itu.

Dengan pembelian yang cukup meriah, sudah pastinya menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikut bola sepak Malaysia – mampukah mereka menampung gaji para pemain mereka itu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN