Thomas Abbey Perkuatkan Jentera Tengah PKNP FC Musim Depan

Bekas pemain kelab Mesir, Ismaily Sporting Club dan pemain skuad bawah 23 tahun Ghana, Thomas Abbey sah sertai PKNP FC bagi menghadapi musim yang mencabar dalam saingan Liga Malaysia 2019.

Malah, pemain itu hadir dengan reputasi sebagai pemenang anugerah pemain bola sepak terbaik Ghana pada tahun ini. Beliau merupakan pemain ketiga dari Ghana beraksi dalam Liga Malaysia selepas Abukari Damba dan Baba Iddi.

Pemain yang berusia 25 tahun itu boleh beraksi di pelbagai posisi dan pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berharap pemain itu tidak hanya indah khabar dari rupa.

Bercakap kepada Stadium Astro semasa sesi perkenalan di sebuah hotel terkemuka di Meru Raya, Abbey berkata dia tertarik untuk mencuba nasib dalam Liga Malaysia selepas dihubungi oleh kenalan rapatnya.

Sesi latihan skuad PKNP FC. FOTO: PKNP

“Dia memberitahu saya tentang Malaysia dan PKNP FC dan ia menyebabkan saya bersetuju untuk datang ke sini.

“Setelah berada di sini, saya akan mencurah segala kudrat kepada pasukan baru saya,” katanya.

Abu Bakar sahkan Thomas Abbey sarung jersi PKNP FC

Sementara itu, Abu Bakar Fadzim mengesahkan pemain itu akan menyarung jersi PKNP FC dan perlu menjalani ujian pemeriksaan kesihatan sebelum beraksi di padang.

“Abbey akan melalui pemeriksaan kesihatan bagi memastikan dirinya tidak mengalami kecederaan.

“Ia proses biasa dalam pemilihan pemain tetapi pada dasarnya dia sudah sah menjadi milik PKNP,” ujarnya.

Jurulatih itu berkata Abbey berpeluang menunjukkan kehebatannya dalam perlawanan persahabatan dengan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Ahad ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN