Uefa telah mengubah semula waktu sepak mula melibatkan pasukan Arsenal dan BATE Borisov yang akan bertarung dalam pusingan 32 pasukan akhir untuk UEL.
Hal ini selepas penyokong Arsenal menyifatkan Uefa tidak menghormati mereka dalam penjadualan tersebut. Pada awalnya, Uefa menjadualkan Arsenal bermain pada Rabu – 20 Februari 2018 – pukul 5 petang. Jadual kebiasaan adalah pada malam Khamis.
Uefa berbuat demikian untuk mengelakkan sepak mula 2 pasukan yang sama bandar berlangsung pada jam dan tarikh yang sama. Dalam hal ini, Chelsea yang juga berada di London telah diberikan keutamaan untuk mendapat slot utama itu dengan diarahkan bermain pada malam Khamis.
Uefa mempertimbangkan Chelsea sebagai juara Piala FA pada musim lalu. Namun begitu, selepas mendapat bantahan daripada penyokong Arsenal diketuai Yayasan Penyokong Arsenal (AST) serta Persatuan Penyokong Bebas Arsenal (AISA) – Uefa kemudiannya menukar jadual kepada sepak mula 5.55 petang Rabu.
Langkah itu tetap dibantah oleh penyokong Arsenal, akhirnya Uefa menukar jadual sepak mula di antara Arsenal dan BATE kepada malam Khamis – walaupun Chelsea akan berhadapan dengan Malmo pada malam yang sama.
AST dalam kenyataan mereka mengecam tindakan Uefa itu dengan menyatakan: “Bola sepak dan tv seolah-olah tidak habis-habis memperlekehkan penyokong.”
AISA pula menganggap tindakan Uefa itu akan membuatkan Stadium Emirates banyak kosong pada hari perlawanan. Mereka berkata: “Menukar jadual sepak mula daripada 5 petang ke 5.55 petang pastinya ada sedikit lebih baik daripada sebelumnya, namun ianya masih mengarut untuk bermain bola sepak (Eropah) pada waktu tersebut.”
“Kami menggesa Arsenal meneruskan protes kepada Uefa, dan jika gagal, pastikan kesemua penyokong yang tak dapat hadir pada waktu tersebut dipulangkan semula wang mereka.”
Jurucakap Uefa memberikan respon mereka: “Merujuk kepada undian hari ini, semua pihak telah terlibat di dalam perbincangan, secar kebetulan jadual di antara Chelsea dan Arsenal, kedua-dua perlawanan adalah di London.”
Arsenal dan Chelsea dijangka akan mudah melepasi cabaran peringkat 32 pasukan akhir. Pada musim lalu BATE berkunjung ke Stamford Bridge – tewas 3-1 di sana. Chelsea manang agregat 4-1 ketika itu.
Unai Emery dianggap pakar Liga Europa kerana memenangi piala itu sebanyak 3 kali dengan Sevilla. Juara Liga Europa akan ditawarkan tempat dalam UCL pada musim hadapan. Arsenal dan Chelsea pastinya memandang berat akan kempen ini kerana persaingan 4 teratas di EPL yang sangat kuat.
Selain daripada aksi melibatkan 2 kelab London ini, berikut adalah jadual penuh: