PFAM Kesal Pasukan Berhutang Masih Belum Langsaikan Tunggakan Gaji

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) membidas kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang mendakwa isu tunggakan gaji pasukan tersebut sudah selesai sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail melalui kenyataan media di laman facebook rasmi PFAM menafikan Perlis FA telah pun melangsaikan tunggakan gaji pemainnya sebaliknya pasukan itu masih mempunyai hutang tertunggak yang belum diselesaikan sehingga kini.

Malah, beliau kesal dengan tindakan skuad Singa Utara itu yang lebih ghairah menandatangani beberapa pemain bintang tempatan bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia berbanding melangsaikan tunggakan gaji pemain lama mereka.

“PFA masih tidak memberikan apa-apa status terkini berhubung tunggakan gaji tahun 2016 dan 2017. Selain itu, tunggakan gaji tahun 2018 akan dibayar secara beransur-ansur, dan selagi bayaran akhir belum dibuat, isu tunggakan gaji ini tidak boleh dianggap telah selesai.

“PFAM menggesa agar PFA benar-benar serius dalam isu hutang ini disebalik keghairahan menandatangani nama-nama besar bagi saingan musim hadapan. Tidak mustahil, jika PFA terus menerus mengabaikan tanggungjawab ini, pemain-pemain baharu akan menjadi mangsa seterusnya,” katanya.

Antara pemain baharu yang menyertai skuad singa utara. FOTO: PFA

Izham juga turut menuntut pasukan lain yang masih mempunyai hutang yang tinggi segera melangsaikannya sebelum musim baharu Liga Malaysia membuka tirainya.

“PFAM ingin mengingatkan kepada pasukan-pasukan yang masih mempunyai tunggakan gaji, untuk mengambil serius soal pembayaran hutang kepada para pemain.

“PFAM melihat, pasukan-pasukan yang berhutang masih lagi tidak mengambil apa-apa inisiatif untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain, namun ironinya sangat rancak dalam menandatangani pemain-pemain baru termasuklah pemain import bagi saingan musim hadapan.

“Perkara ini merupakan suatu perkara yang amat memalukan dan sangat dikesali, terutamanya bila mengenangkan para pemain yang semakin terhimpit dengan hutang dan keterdesakan hidup akibat hilang punca pendapatan,” tegasnya.

Kelewatan keputusan daripada FAM akan memberi kesan kepada pemain

“PFAM juga ingin menggesa pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk segera mengeluarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib, yang difahamkan, telah bermesyuarat pada 6 Disember 2018.

“Kelewatan keputusan ini, akan memberi kesan besar kepada para pemain, apabila pasukan terus ‘terlepas’ dari dikenakan hukuman sebelum saingan musim baharu bermula.

“Kredibiliti FAM selaku badan yang menaungi urusan bolasepak di Malaysia amat ditagih dalam situasi ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN