Maurizzio Sarri sekali lagi menjadikan Hazard sebagai false no.9 dalam sistem permainan Chelsea.
Pemain antarabangsa Belgium itu kembali dengan sentuhan gol beliau. Hazard terlebih dahulu mencipta gol untuk Pedro pada minit ke-17.
Sebelum rehat, Hazard menjaringkan gol selepas kesilapan pemain lawan terlapas bola. Willian menghantar bola terus dan Hazard mengatasi garisan pertahanan tinggi lalu menjaringkan gol dengan rembatan leret.
Pada separuh masa kedua, Solly March merapatkan jurang gol pada minit ke-66. Namun Chelsea berjaya memastikan 3 mata dibawa pulang.
Kemenangan ini membolehkan Chelsea terus berada dalam persaingan kejuaraan EPL pada musim ini. Chelsea di tempat ke-4, dengan 2 mata di belakang Spurs (ke-3) dan 7 mata daripada Man. City (ke-2).