AFF Akan Siasat Limpahan Penyokong Melebihi Kapasiti Di SNBJ

Penyokong Bola Sepak

Isu limpahan penyokong sehingga melebihi kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 membabitkan pasukan Malaysia dan Vietnam akhirnya mendapat perhatian Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

Dalam perlawanan yang diadakan pada 11 Disember lalu, lebih dari 100,000 penyokong dilaporkan hadir menyaksikan perlawanan tersebut – melebihi kapasiti stadium sehingga menyaksikan setiap penjuru termasuk kaki lima dan tangga stadium turut dilimpahi penyokong.

FOTO: Twitter JimieCheng
Siasat selepas final

Siasatan lanjut mengenai kejadian di SNBJ disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung AFF, Datuk Seri Azzuddin Ahmad ketika bercakap kepada Bernama  sebelum mesyuarat pengurus pasukan di Ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) semalam.

“AFF akan berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapat maklumat terperinci bagaimana jumlah penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di SNBJ yang dilihat melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya,” ujar beliau.

“Buat masa ini pihak AFF ingin mencari punca apa yang sebenarnya yang berlaku dahulu sebelum membuat komen yang selanjutnya,”

Datuk Seri Azzudin berkata siasatan akan dimulakan sebaik sahaja beliau kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat perlawanan akhir kedua yang berlangsung di Hanoi pada hari ini.

Isu keselamatan

Kedatangan rasmi yang diumumkan di stadium pada perlawanan tersebut ialah 88,482 penonton.

Semakan yang dilakukan melalui laman sesawang Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) pula mengesahkan kapasiti sebenar Stadium Nasional Bukit Jalil ialah 85,000 tempat duduk.

Masalah limpahan penyokong turut mendapat liputan media Vietnam – bukan sahaja menjejaskan nama baik negara sebagai penganjur, tetapi turut menyebabkan isu keselamatan turut dipersoalkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN