Highlight & Laporan: AC Milan Kempunan Selepas Kempen Di Eropah Ditamatkan Oleh Olympiakos

Olympiakos menewaskan AC Milan dalam satu perlawanan yang mendebarkan untuk mara ke pusingan kalah mati UEFA Europa League.

Kemenangan untuk Olympiakos itu bagaimanapun bermakna cabaran AC Milan di Eropah telah berakhir seawal peringkat kumpulan pada musim ini.

Perlawanan dramatik

Untuk mara Olympiakos memerlukan kemenangan dengan kelebihan dua gol, dan mendahului pada minit ke-60 melalui tandukan Pape Abou Cisse.

Cristian Zapata kemudiannya menjaringkan gol sendiri untuk memberi kelebihan dua gol buat Olympiakos – sebelum pemain itu sendiri menjaringkan gol untuk pasukannya sendiri selang dua minit kemudian untuk kelebihan kembali kepada AC Milan.

Namun sepakan penalti yang diperolehi pada minit ke-81 perlawanan oleh Olympiakos – disempurnakan oleh Konstantinos Fortounis – selepas Igzanio Abate dipersalahkan kerana mengasari lawan cukup untuk kelab Greek itu memperoleh kemenangan yang diperlukan.

PIRAEUS, GREECE – DECEMBER 13: Pape Abou Cisse of Olympiacos scores the opening goal during the UEFA Europa League Group F match between Olympiacos and AC Milan at Karaiskakis Stadium on December 13, 2018 in Piraeus, Greece. (Photo by Tullio Puglia – UEFA/UEFA via Getty Images)
Kelebihan jaringan buat Olympiakos

Kemenangan tersebut juga bermakna Olympiakos telah menyingkirkan juara Eropah tujuh kali Milan, dengan kelebihan perbezaan jaringan – setelah turut memadam kelebihan rekod head-to-head milik kelab Itali tersebut.

Sekiranya Milan berjaya menjaringkan satu lagi gol dalam perlawanan tersebut, Olympiakos pasti tersingkir kerana perlu menang dengan kelebihan tiga gol disebabkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

PIRAEUS, GREECE – DECEMBER 13: Kostas Fortounis scores a penalty (3-21) during the UEFA Europa League Group F match between Olympiacos and AC Milan at Karaiskakis Stadium on December 13, 2018 in Piraeus, Greece. (Photo by Tullio Puglia – UEFA/UEFA via Getty Images)

Milan menewaskan Olympiakos dengan keputusan jaringan yang sama dalam perlawanan pertama di San Siro pada Oktober lalu.

Ini adalah kali pertama Milan tersingkir dari saingan peringkat kumpulan pertandingan Eropah sejak musim 2000/01, selepas tersingkir awal di UEFA Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN