Piala AFF: Tambang AirAsia Ke Hanoi Lebih Murah Selepas Mendapat Tajaan Petronas

Sebelum ini Ketua Kumpulan Pegawai AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pernah mengumumkan penambahan penerbangan di antara Kuala Lumpur dan Hanoi untuk memenuhi permintaan penyokong skuad Harimau Malaya yang akan berkunjung ke Vietnam untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018.

Selain daripada tambahan penerbangan tersebut, Tony turut mengumumkan harga tiket penerbangan khas RM450 – khusus untuk penerbangan pergi dan balik penyokong ke negara berkenaan.

Khabar gembira

Kini ada tambahan perkhabaran gembira buat ‘ekor’ Harimau Malaya yang sudah mengesahkan tempahan masing-masing.

Dalam satu kenyataan di laman Twitter beliau semalam, Tony mengumumkan AirAsia akan mengembalikan sejumlah wang dari harga tiket yang dibayar.

Petronas tampil sebagai penaja

Ini berikutan pengumuman oleh Petronas Berhad yang tampil sebagai penaja rasmi bahan bakar, khusus untuk penerbangan AirAsia ke Hanoi.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Petronas sendiri, juga melalui akaun Twitter rasmi syarikat petroleum negara tersebut.


Memuji langkah yang diambil oleh Petronas tanpa perlu diminta, Tony turut mengharapkan lebih ramai pihak boleh terlibat boleh tampil untuk menghulurkan tajaan – atau mengurangkan cukai lapangan terbang misalnya oleh pihak berwajib – demi semangat Malaysia.

Pasukan negara yang mencatatkan keputusan seri 2-2 di perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu memerlukan kemenangan untuk berpeluang meraih kejuaraan tersebut pada tahun ini.

Walaupun dianggap sebagai misi sukar, ribuan penyokong dari Malaysia dijangka hadir melalui jalan darat dan penerbangan, termasuk yang disediakan oleh AirAsia.

Kumpulan penyokong Ultras Malaya sebelum ini mengesahkan semua tempahan melalui AirAsia untuk penerbangan ke Hanoi – untuk memberi sokongan kepada pasukan negara – sudah pun penuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN