Olympiakos Tamatkan Kontrak Yaya Toure Selepas Hanya Tiga Bulan Bersama

Bekas bintang Manchester City, Yaya Toure meninggalkan Olympiakos selepas hanya tiga bulan beraksi bersama kelab dari Greek itu.

Pemain tengah tersebut turut pernah beraksi bersama kelab dari Greek tersebut di awal karier – sekitar tahun 2005 sehingga 2006.

(Photo by Aris Messinis / AFP) (Photo credit should read ARIS MESSINIS/AFP/Getty Images)
Kontrak ditamatkan

Menurut BBC, kontrak pemain berusia 35 tahun ini telah ditamatkan melalui persetujuan bersama.

Toure merupakan pemain ejen bebas selepas kontrak beliau dengan Manchester City tamat pada penghujung musim lalu. Setelah tanpa kelab buat seketika, pemain tersebut akhirnya memutuskan untuk menyertai Olympiakos pada September lalu.

Bekas pemain antarabangsa Ivory Coast ini juga hanya tampil empat kali – termasuk dua kali dari bangku simpanan – sepanjang tempoh hampir empat bulan di sana.

(Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)
Sentiasa dialu-alukan di Olympiakos

Dalam satu kenyataan rasmi, Olympiakos berkata:

“Olympiakos dan Yaya Toure mengumumkan kepada penyokong-penyokong bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menamatkan kerjasama secara persetujuan bersama.”

“”Yaya [Toure] pergi sebagai seorang sahabat, dan pintu di Olympiakos akan sentiasa terbuka untuk beliau. Sudah pasti kita akan bertemu kembali selepas ini.”

ATHENS, GREECE – SEPTEMBER 13: Yaya Toure of Olympiakos battles with Fredrik Winsnes of Rosenborg during the UEFA Champions League Group F match between Olympiakos and Rosenborg at Karaiskai Stadium on September 13, 2005 in Athens, Greece. (Photo by Milos Bicanski/Getty Images)

Sepanjang bersama Olympiakos sebelum ini, Toure pernah membantu kelab Greek berkenaan memenangi kejuaraan berganda sebelum menyertai Monaco pada 12 tahun yang lalu.

Toure kemudiannya menyertai Barcelona pada 2007 – menjuarai UEFA Champions League pada 2009 – sebelum menyertai Manchester City pada 2010. Bersama kelab Manchester tersebut, Toure berjaya meraih tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN