Maurizio Sarri Anggap Manchester City Masih Merupakan Pasukan Terbaik Di Eropah

Sarri

Disebalik kejayaan menewaskan juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi, Maurizio Sarri melihat peluang buat skuad bimbingannya untuk menjuarai saingan liga tersebut masih sukar untuk direalisasikan.

Sarri turut menegaskan bahawa Manchester City adalah masih merupakan pasukan terbaik di Eropah.

Dengan kemenangan ini, Chelsea menghuni tangga ke-4 dengan 34 mata, ketinggalan tujuh mata dibelakang Manchester City manakala lapan mata untuk mengejar Liverpool.

”Seperti saya katakan, seperti biasa yang anda tahu, saya merasakan jurang ini tidak mustahil akan dapat dirapatkan hanya dalam satu musim sahaja.”

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 08: David Luiz of Chelsea celebrates after scoring his team’s second goal during the Premier League match between Chelsea FC and Manchester City at Stamford Bridge on December 8, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

”Satu perlawanan – anda boleh beraksi dalam satu perlawanan, sudah tentu. Dalam pertandingan 10 bulan ia sangat sukar buat anda untuk merapatkan jurang.”

”Saya merasakan mereka (Manchester City) adalah yang terbaik ketika ini, pasukan terbaik di Eropah.”

”Kami menang perlawanan ini. Tetapi kami perlu mengatakan bahawa nasib menyebelahi kami pada 25 minit awal kerana mereka mampu untuk menjaringkan gol.”

”Sedikit nasib pada separuh masa pertama dan separuh masa kedua yang cukup baik.”

Kemenangan 2-0 hasil jaringan N’Golo Kante dan David Luiz itu sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah The Cityzens dan memberikan peluang buat Liverpool yang menang 4-0 bertemu Bournemouth menduduki tangga teratas selepas 16 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN