Southampton Pecat Mark Hughes Selepas Seri Menentang Manchester United

Southampton mengambil langkah memecat pengurus, Mark Hughes selepas hanya lapan bulan memegang jawatan tersebut.

Pemecatan tersebut adalah selepas kelab tersebut mencatat keputusan seri 2-2 menentang Manchester United – sekaligus meletakkan The Saints di kedudukan ke-18 liga.

(Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)
Buru pengurus baru

Berikutan perkembangan terbaru ini, Southampton melalui satu kenyataan rasmi mengesahkan mereka kini sedang mencari pengurus baharu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Hughes.

Jurulatih pasukan utama, Kelvin Davis akan mengendalikan skuad The Saints secara sementara untuk perlawanan menentang Tottenham pada Rabu ini.

Hughes yang turut pernah beraksi sebagai pemain bersama The Saints dilantik sebagai pengurus kelab itu pada March lalu – dua bulan selepas dipecat oleh Stoke City sebelum itu.

(Photo by Dan Istitene/Getty Images)
Prestasi buruk

Southampton bergelut dengan zon penyingkiran pada ketika itu dan pengurus berusia 55 tahun tersebut berjaya menyelamatkan The Saints daripada tersingkir selepas mencatatkan dua kemenangan dari empat perlawanan terakhir musim lalu.

Namun secara keseluruhan, Hughes dianggap gagal menambah baik prestasi Southampton selepas hanya merekodkan tiga kemenangan daripada 22 perlawanan keseluruhan yang dilalui di bawah kendalian beliau.

(Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Malah sebelum keputusan seri menentang Manchestere United pada Sabtu lalu, The Saints turut mencatatkan kekalahan 3-2 kepada Fulham dan turut tersingkir dari saingan Piala Carabao melalui penentuan sepakan penalti oleh Leicester City.

Selain daripada Hughes, Southampton turut mengesahkan pembantu beliau, Mark Bowen dan Eddie Niedzwiecki turut melepaskan jawatan masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN